DRoP YouR BLoG URL HeRe

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa

Ada seseorang pernah berpesan dan aku adalah salah seorang yang mendengar pesanan itu... 'Berhati-hati bila kita membuat tindakan sebab sekrang ni zaman moden. Semua org ada smartphone. Apa saja tindakan yg kita buat, org akan rakam dan kemudian publish dalam media.' aku teringat insiden yang berlaku 5 tahun yang lalu... Daripada pesanan tu, aku selalu berhati-hati di luar sana supaya tidak dimalukan kelak atau kemungkinan tindakan aku tu boleh menyebabkan aku hilang pekerjaan dan sebagainya. Tapi baru2 ini, aku dpt berita yang si fulan (yg memberi nasihat tu) telah bertindak di luar jangkaan di mana tindakannya diperhatikan oleh ramai orang. Mmg sepatutnya dia sendiri sedar bahawa tindakan tersebut mengundang perhatian ramai untuk mengambil gambar dan video. Mungkin waktu tu si fulan ni rasa, x mengapa sbb perkara ini bukan perkara luar biasa. Tp bagi aku la... Perkara yg luar biasa atau biasa, kedua-duanya tidak boleh memberi kepuasan pada orang sekeliling kita. Pasti akan mengundang fitnah dan juga cakap2 yang tidak baik. Menyedari perkara itu, si fulan mula meminta supaya orang ramai menutup mulut. Mungkin si fulan ni dah mula dgr ckp2 yg tidak baik. Masa si fulan ni sedar, semua tu dah terlambat sbb kita tiada kuasa untuk menutup mulut orang ramai. Moral of the story, jadikan pesanan yg kita ungkapkan tu sesuatu yang kita amalkan. Dan aku mulai sedar yang setiap manusia itu diciptakan Allah swt tidak sempurna. Kita memandang org lain buat kesalahan, tp kita menegur kerana tidak mahu kita dipersalahkan. Kita patut ubah niat tu... Menegur kerana mahu mendidik selain mahu melepaskan diri dari kesilapan itu. Sbb itu la kesilapan sentiasa berulang dan kita sentiasa dipersalahkan. Salah satu sikap kita, kita tidak mendidik...tp hanya tahu meletakkan kesilapan itu pada orang lain...

0 Responses