DRoP YouR BLoG URL HeRe

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Walaupun aku ni suri rumah separuh masa, aku tetap suka memasak. Lagi-lagi kalau sepanjang masa ada orang yang puji. Terutamanya kalau pujian tu keluar dari mulut suami aku. Hohoho... Hati rasa puas bila tengok orang makan dengan penuh selera walaupun makanan tu bukan feveret aku.
Sebab baru pertama kali beraya di rumah sendiri, aku perlu fikirkan juadah yang istimewa, x berapa berat dan boleh dimakan oleh smua peringkat umur. Dari kanak-kanak sampai la ke makcik-makcik. Nasib baik la ada resepi bonda tersayang. Kuih Gulung Berlauk...
 Ni rupa selepas goreng
Ni rupa bila dipotong dan di taruk sos cili

Aku cuma ubah skit jer dari resepi bonda aku. Kalau ikutkan, kuih ni makannya dengan bawang rendam cuka tu. Tapi sebab ramai yg tak berapa suka, dan aku sendiri pun x suka, lagi baik makan dengan sos. Resepinya ringkas tapi makan masa agak lama la... Penat berdiri kat dapur tu...


LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
 Dengan abang sayang


 Kak Ilah & famili
 Hanani dengan anak2 Kak Tam
 Main Character
 Kak Tam & Abg Nuar
 Family Kak Tam
 Bersama Bonda
 Bonda Azizah yang disayangi
 Menantu2 yang terawal sampai pagi raya

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
27 August 2011M bersamaan 27 Ramadhan 1432H, jam 4.30 pagi. Sahur aku dikejutkan oleh SMS seorang teman. Memberi khabar tidak baik. Macam tu la bermulanya hari aku pada tarikh tersebut. Pesanan tu ringkas tapi cukup membuatkan aku hilang mengantuk.

"Salam, nida nak maklom zaihan xdak dah...jenazah nida xsure bawak balik mana... Alfatihah buat Norzaihan Ishak... Kita kehilangan SahAbat BaiK"

Berderau darah aku masa tu. Terima berita yang tak disangka2. Aku macam tak percaya je dengan apa yang aku terima pagi tu. Seharian aku asyik terbayang wajahnya di hari persandingannya 3 bulan lalu. Seharian juga aku asyik diamkan diri dan termenung. Suami aku pun perasan dengan perubahan aku waktu tu. Hati rasa sebak, pilu... tapi aku x mampu nak menangis. Dalam sehari tu aku tak henti-henti berdoa dan hadiahkan arwah surah Al-fatihah.

Aku mula terfikir... adakah itu penghujung hayat kita? KEMATIAN... bagi aku kematian bukanlah satu penghujung. Hidup seseorang itu tidak pernah berpenghujung. Sebelum kita ada di dunia ni pun, kita hidup jugak. Dan kehidupan kita itu bermula di syurga. Roh yang terapung-apung. Hanya tunggu dihantar ke dunia je. Dan kematian itu adalah sambungan kepada hayat kita sebelum ini. Itu bermakna, hidup kita tak kan berakhir.

Bagaimana pula dengan kehidupan di dunia? Bagi aku, itu hanyalah sebuah persinggahan. Kehidupan di dunia ni cuma sebahagian kecil perjalan kita untuk menemui Allah SWT. Macam dari Penang nak ke Johor. Perjalanan mungkin mengambil masa 9 jam atau lebih. Dan sepanjang perjalanan tu, kenderaan yang kita naiki akan berhenti di beberapa perhentian. Barangkali untuk mengisi perut atau pun buang apa yang patut. Perhentian itu la ibarat hidup kita di dunia ni. Cuma kita jer yang tak perasan atau sedar.
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Pertama kali beraya di rumah baru sejak berumahtangga pada tahun 2009. Letih tak terkata tapi hati begitu gembira. Maklum saja la... si suami suka menerima tetamu dan si isterinya pula suka memasak. (Ni bukan masuk bakul angkat sendiri ye? Sekarang dah moden, ada lift. Hehehe) Di hari raya pertama saja, ramai sedara-sedara yang bergambar di rumah baru kami. Tuannya tak plak bergambar depan rumah. Huhuhu... melayan tetamu sampai terlupa nak snap buang sekeping. Huh!

Tapi aku lebih gembira bila seorang teman yang tidak begitu rapat ketika di sekolah, singgah berkongsi kegembiraan bersama aku dan suami di bulan Syawal. Arnida & family... Keluarga kecil yang sangat cute sebab Sofea sangat comel. Lagi-lagi bila dia tukar baju tido. Terkedek-kedek dia berjalan... Kesunyian di rumah kami terubat juga bila kawan-kawan datang bersama si kecil yang tak segan silu menjelajah ruang rumah kami yang tak besar mana. Seronoknya kalau kami pun ada sorang permata hati macam tu. (InsyaAllah ada la nanti, kan? kan?)

 Bergambar di pintu depan rumah mak... Jadi la tu... Maintain berdua 2009-2011...
 Abang kasi spoil la. Boleh buat lawak tengah-tengah nak snap gambo. Kan dah terlebih sengih
Raya tahun ni cukup bermakna sebab dapat terima tetamu yang begitu hebat... Thanx kawan...

InsyaAllah tahun depan kami tak lagi beraya berdua kot. Tapi kalau berdua pun tak per... Redha... Seronok jugak sbb kawan2 tak jemu datang rumah. Datang lagi taw? Nak lepak2 pun boleh...