DRoP YouR BLoG URL HeRe

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa

Ramai orang masih tidak mengerti kenapa perlu berkahwin dan mempunyai keluarga yng besar. Ada yang kata sebab nak elak maksiat... Nak bina keluarga... Nak bahagia macam orang lain... Kawen sebab cinta... Semua tu bukan lah jawapan yg salah. Sbb soalan tu subjektif. Ada satu lagi yang perlu kita ingat... Perkahwinan adalah merupakan sebuah syurga kecil yang dibina oleh kita. Klu kita ikut apa yg diperintahkan Allah dan meninggalkan yg dimurkaiNya, syurga kecil itu akan menjadi kian besar dan akan terus dibawa ke syurga akhirat. In sha Allh.

Perkahwinan adalah pelengkap sebahagian daripada agama Islam. Tp kebanyakan wanita salah erti tentang perkahwinan dan menganggap suami perlu menjadi pelindung dari segala segi. Suami mmg la pelindung isteri tp tak bermakna suami perlu diperlakukan seperti hamba. Maksud aku di sini, yang menjadikan suami tu hamba adalah kaum lelaki sendiri. Sbb terlalu sayangkan isteri, dia manjakan sehingga si isteri hanya tahu mengarah. Tidak menutup aurat dan melakukan sesuatu yg bukan ajaran agama Islam. Bila ditanya kenap tidak diajar, si suami akan menjawab, dia x mahu memaksa. Biarlah datang dari kerelaan hati isterinya sendiri. Tp tanpa sedar, kasih sayang yg dia ckp td tu sebenarnya mengheret dia seinci demi seinci ke arah api neraka. Dan di tangannya menarik rambut si isteri mengikutnya bersama. Pernah tak terfikir semua tu?

Allah swt tidak hanya memberi amaran. Setiap pilihan hidup kita akan ada habuannya kelak. Kita perlu pilih samada nak yang baik atau yang buruk. Bila dah sampai waktunya nanti, kita mula minta diberi pilihan semula. Tp masa tu dah x berguna lagi. Suami adalah pembentu syurga isteri. Bimbinglah isteri ke jalan yang di redhai Allah swt. Itu juga akan menjadikan anak2 kita pun soleh dan solehah.

0 Responses