DRoP YouR BLoG URL HeRe

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Aku mula kenal erti cinta setelah hati ini diikat dengan akad yang dilafazkan oleh seorang lelaki bergelar suami. Banyak kenangan indah tercipta. Begitu juga kenangan pahit. Namun semua itu adalah sebuah kebahagiaan. Siapa kata pertengkaran itu satu penderitaan? Itu adalah proses perkenalan yang akan lebih mengeratkan hubungan suami isteri. Buktinya, hubungan lebih mesra bila aku berbaik semula dengannya selepas sebuah pertengkaran kecil. Itu adalah fitrah berumahtangga.

Kini usia perkahwinanku sudahpun mencecah 2 tahun 7 bulan. Aku selalu bimbang akan perasaan jemu terhadapnya. Tapi perasaan itu tidak pernah sedetik pun menyinggah di hati ini. Aku bersyukur... Aku tidak mahu rasa begitu. Aku senang dengan perasaan begini. Bila dia tiada, aku merasa rindu. Bila dia ada, aku tidak mahu terlepas dari melihat wajahnya. Semua itu membuatkan aku tersenyum sendiri. Kenapa aku rasa begini? Seperti masih baru mengenalinya. Adakah selamanya akan begini? Hopefully sampai ke tua... 

Walaupun umurku sudah pun 60-70 tahun. Aku masih mahu melihatnya seperti hari ini. Terus menerus menyintainya. Suami dunia akhiratku...



When U Were Only 5 Yrs Old, I Said I... Love U...
U Asked Me: "What Is It?"
When U Were 15 Yrs Old, I Said I Love U....
U Blushed.. U Look Down And Smile..
When U Were 20 Yrs Old, I Said I Love U....
U Put Ur Head On My Shoulder And Hold My Hand.. Afraid That I Might Dissapear..
When U Were 25 Yrs Old, I Said I Love U....
U Prepare Breakfast And Serve It In Front Of Me, And Kiss My Forhead N
Said : "U Better Be Quick, Is’s Gonna Be Late.."
When U Were 30 Yrs Old, I Said I Love U....
U Said: "If U Really Love Me, Please Come Back Early After Work.."
When U Were 40 Yrs Old, I Said I Love U....
U Were Cleaning The Dining Table And Said: "Ok Dear, But It’s Time For U To Help Our Child With His/Her Revision.."
When U Were 50 Yrs Old, I Said I Love U....
U Were Knitting And U Laugh At Me..
When U Were 60 Yrs Old, I Said I Love U....
U Smile At Me..
When U Were 70 Yrs Old. I Said I Love U....
We Sitting On The Rocking Chair With Our Glasses On.. I’m Reading Your Love Letter That U Sent To Me 50 Yrs Ago..With Our Hand Crossing Together..
When U Were 80 Yrs Old, U Said U Love Me!
I Didn’t Say Anything But Cried.




We may not express it but when we say "I Love You" we want our partner also to say the same... there are many ways of expressing love but nothing can play the same magic that these 3 words can play when said in return ♥ ♥
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
o2-1o-2o11

Dah lama plan nak buat majlis bacaan Yaasin kat rumah yang aku dan abg kini menetap. Semoga dapat memberi keberkatan dan murah rezki dalam rumahtangga kami berdua. Jadi hari yg ditunggu-tunggu tu tiba juga. Walaupun ada gementar untuk jadi tuan rumah buat pertama kali, Alhamdulillah dengan bantuan ramai pihak, majlis ni rasanya agak sempurna dan berjalan dengan lancar.

Pagi-pagi dah ke pekan Ahad Penaga. Cari segala jenis dan ulam-ulaman... Fuh! Rasa teruja nak start majlis sebenarnya... Balik rumah tu, tido dulu... cari tenaga untuk petang sampai mlm karang. Bangun je, g siang ikan2 kembung yang 3kg tu. Pastu lumur dengan kunyit dan garam sebelum simpan dalam peti sejuk. Dalam pukul 3 petang tu, mula la masak kari ikan kayu kat belakang rumah. Abang letak pangkin kat bawah pokok dan buat satu dapur basah dekat situ jugak. Aku guna resepi bonda Azizah untuk kari ikan itu. 

Tak lama pas tu, Kak Arah dan mak pun mai... tolong-tolong apa yang patut. Dan paling best, bila sampai ke bahagian akhir kari ikan tu, smua pakat rasa kot2 terkurang garam. tiap kali rasa, mesti tambah garam. Dan akhirnya siap... Kak Syima sampai pun dah habis masak gulai. Tapi Kak Syima tolong buatkan sambal belacan. Kak Ilah pun dah siapkan kuah kacang untuk nasi impit tu. Dalam kul 5 ptang tu, semua balik rehat. Abang pun terbongkang tdo sebelum nak start menu lain plak. Yang pasti, waktu tu, kari ikan, mashed potato dengan nasi impit, dah siap.

Pukul 5.45 ptang, Kak Norli plak sampai, Kak Arah pun sampai... Kak Syima pun sampai... mula la nak goreng sayur. Abang serahkan kerja tu kat Kak Norli. Kak Syima goreng ikan kembung & Kak Arah goreng ikan masin. Nasi dah siap masak kat rumah mak. 5kg beras semuanya... Pastu dalam kul 7 tu, mak dengan Nani pun sampai dengan 2 jenis menu. Mak bawa kuah lontong & Nani plak bawa kek coklat basah. Sedap3... Kul 7.30 tu, semua kak2 balik rumah dulu. Dalam kul 8.15 baru nak berkumpul lagi. Tak lama tu, Kak Tam sampai dengan famili bawa sos Mashed Potato... Abang dengan Kak Long pun sampai tak lama lepas tu. Rumah dah mula sesak skit.



Smua makanan dah siap disusun kat luar. Dari 2 meja, jadi 3 meja sebab menu semakin bertambah bila Abg Din bawa semangkuk besar cendol. Yum2... Kul 9, ayah pun sampai dengan Pak Jang, Abah, Abg Lan, Abg Man, Mizi, Zaini, Abg Pi, Abg Tib serta abang2 ipar ku sekelian. Tak lama pastu baru nampak keta Arnida. Satu2nya teman aku jemput ke majlis tu. Alhamdulillah, semuanya dapat hadir. Rumah dah semakin sesak. Yaasin pun diedar... Pak Jang mulakan bacaan dengan suaranya yang merdu. Aku terasyik seketika dengan alunan Yaasin yang dibacanya. Rasa sekejap je surah tu berakhir. Tapi hati aku begitu terharu melihat ramai yang membacanya. Yang pasti, bukan hanya mengharapkan kedatangan orang-orang masjid untuk bacaan Yaasin tu. Tp bacaan tu datangnya dari ahli keluarga aku dan abg. Semoga lebih mengeratkan lagi hubungan kami semua.



Bila sampai waktu makan, hujan mula turun. Lebat lak tu... Hati risau tp cepat2 rasa lega sbb smuanya dapat makan. Alhamdulillah cukup2 untuk semua. Rasa sekejapnya majlis tu berjalan. Hati puas... Arnida & famili stay sampai majlis tamat. Tetamu pun dah hampir semua balik. Seronok sangat. Walaupun aku dan abg tak dapat makan waktu majlis tu berjalan, aku tak rasa lapar. Tapi sebab abg ajak makan, aku pun makan la dengan abg. Sedapnya makan waktu2 macam tu dengan suami tersayang. Letih...tp masih boleh tersenyum dengan abg. Kemas rumah dengan abg. Then terus masuk tdo... Syioknyaaaa jd tuan rumah. Lain kali nak buat lagi lah! Seronok!