DRoP YouR BLoG URL HeRe

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Sekarang ni dah heboh pasal pelaburan emas yang sangat2 menguntungkan. Mana tak untung... Nilai emas semakin naik. Nak tunggu turun? Tak payah la berharap. Kalau nak melabur, baik bermula dari sekarang sebelum nilainya semakin memuncak. I can help you! Ini bukan pelaburan secara persendirian, tp melalui agen khas di Agro Bank Kepala Batas. Tiada ragu2 sebab ni bukan direct selling. Hehehehe... Kalau nak, sila tinggalkan no fon di sini...

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Ramai wanita salah tafsir tentang pemakaian tudung. Ada yang cakap, 'tunggu ikhlas la baru boleh pakai'.. 'Islam kan agama yang tidak memaksa.' 'belum bersedia lg.' dan macam2 lagi lah ayat2 yang mempermainkan hukum agama. Tutup aurat ni, tidak ada kompromi. Tak ada ayat2 mcm tu. Allah swt murka pada org2 yang melanggar hukum yang Dia telah tetapkan. Kalau hukumnya WAJIB, maka rela atau tak, kena la buat. Tapi kita sbg manusia, tetap diberi pilihan. Samada nak menuju ke Ilahi atau mengikut jalan yang direka oleh Syaitan untuk kita. Kalau tersalah pilih, sesatlah kita. Maka jalan itu menuju ke lembah api neraka. Tak ada siapa yang boleh menolong kita melainkan diri kita sendiri.

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
25 Dec 2o11, orang-orang kampung Pongsu Seribu telah adakan pertandingan bermain bowling di Park Bowling Centre Sungai Petani. My s0mi seperti yang aku kenal, mesti akan j0in. Dan aku seperti yang 0rang kenal, tak kan j0in. Hehehe... Tapi aku main jugak. Main dengan biras-biras di line n0 5. Cuma aku tak perlu bertanding. Hanya suka-suka. Bayaran pun tak lah semahal masuk pertandingan tu. L0ntar punya L0ntar, dipenghujungnya, my s0mi tak menang pun. Even sagu hati pun tak dapat. Yang aku mampu buat masa tu cuma 'HAHAHAHAHAHA!'. Jangan marah ye, saYang... Tahun depan aYang j0in ye? :D

Sebab aku pun sibuk main, tak sempat nak snap gambar cik abang tu tengah mel0ntar bola bowling. Dapat snap sebelum pertandingan mula je.




LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Setahun ke setahun, dalam gambar hanya kami berdua. Tapi kami tetap bahagia. Alhamdulillah...






 Genggamanmu semakin erat...
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Kalau nak ikut keinginan suami aku tu, tak habis2 nak menghias rumah. Kadang2 benda dah ada pun, dia nak beli. Sampai aku ingatkan, baru la dia stop. Semalam kan ke pesta. Tujuan satu je. Nak beli karpet. Nak beli kat kedai biasa, memang tak mampu sebab harganya yang mahal. Dah la kecik, harganya plak RM400-500. Time pesta jer boleh dpt karpet gebu yang murah2. Bajet RM200, boleh dpt 3 saiz.

Karpet paling besar... RM140

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Semalam my s0mi ambil cuti. Dah lama x spend masa utk rehat2 bersama. Jadi best jugak kalau kuar jalan2 berdua ke Pesta Pulau Pinang. Kalau dulu kat Langkawi, ambil gambar dengan ular sawa. Kali ni ambil gambar dengan burung Kakak Tua plak. Comel laaa...

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Bila rasa bosan, macam2 benda kita nak mereka2 kan? Macam aku... :D


Telur2 ni baru kuar peti sejuk. Sebab tu mcm berpeluh jer. hehehe... lain kali kalau beli telur sepapan, nak buat lagi.
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Ada tak dalam dunia ni selain Siti Mariam, melahirkan anak tanpa seorang bapa? Walaupun secara tidak sah, tetap mempunyai seorang bapa, kan? Walau beribu kali seorang ibu berkahwin, anaknya itu tetap mempunyai seorang bapa.

Abah mungkin kuat berleter, selalu naik angin, suka komplen tentang sesuatu, banyak tanya dan kadang-kadang sikapnya tu membuatkan orang lain pandang dia dengan aneh. Tapi aku tak pernah rasa malu ada abah macam tu. Kadang-kadang sikapnya membuatkan aku ketawa sendiri. Lucu benar kalau diingatkan. Walau ada orang yang memandangnya aneh, aku tak kan jauhkan diri dari berdiri di sebelahnya. Bila dipandang lama2, sudah tua rupanya abah aku. Tapi masih cergas ke sana ke mari. Di hati ini, singgah rasa kasihan pada abah bila ada yang cakap malu nak berjalan dan duduk dengan abah. Siapa la yang sampai hati berkata begitu...

Mungkin dia lupa yang dia juga ada anak. Belum tahu di hari tua, anak2nya dapat menerima dia seperti sekarang. Belum tahu di hari esok, anak2nya mahu berdoa untuknya. Walaupun seorang bapa tidak berkedudukan tinggi seperti seorang ibu, dia tetap adalah insan yang mesti dihormati.
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Sudah 80% siap mini garden yang my s0mi tgh usahakan sejak bulan April lalu. Hari ni ada perubahan skit kalau nak dibandingkan dengan 8 bulan lepas.



LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Aku pernah upah jahit langsir kat orang. Bayar guna main KUTU. Sebelum tu janji harga upah termasuk harga kain dan upah jahit. Jadi sebelum tu aku pun belila kain guna duit sendiri. Sebab nnt aku akan dapat balik duit kain tu. Dah la kain tu harganya lebih kurang RM100. Sebab aku just minta dia jahitkan kening langsir jer. Tak termasuk lapisan kedua dan ketiga. Sebab aku nak jahit sendiri. Tapi bila dah siap, tak cantik langsung. Aku suh dia buat scallop, dia buat yang macam hampeh. Aku tak kira, aku x puas hati, aku suh dia buat balik. Dah la RM250 tu upah saja. Aku tak dapat balik duit kain aku. Dia buat ikut suka hati dia jer. Disebabkan dia salah jahit, dia kena beli kain yang baru. Pastu boleh plak minta aku tambah duit. Banyak cantik! Sumpah pas ni aku x nak buat kat dia lagi.

Masuk rumah baru, dalam bilik tak der langsir. Jadi aku cadang, lagi baik aku cuba buat sendiri. Upah orang mahal. Harga tak berbaloi. Padahal dia bukan rugi besar pun kalau letak murah. Kain orang belikan. Dia cuma keluarkan duit benang dgn tenaga jer. Aku buat sendiri. Dah la 1st time cuba. Tapi aku tak rasa susah pun. Senang jer... dalam seminggu dah siap untuk 5 tingkap.


LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Seronoknya kalau dapat ikot. Tapi nak buat macam mana. Fulus tak cukup. Nak minta mak sponsor pun, harganya bukan dlm kemampuan aku. Lagipun, takkan nak tinggalkan my s0mi kat rumah. Tak syiok la kalau jalan2 tak bawa kembar aku tu. Hehehe... Sini ada beberapa gambar yang bagi aku sangat menarik. Aku suka tengok gambar ni. Gambar buah hati pengarang jantung aku. Mak & Abah...

 Mak dengan abah dah nampak macam warga Beijing je bila pakai baju cm ni. Comel la mak & abah!

Kalau g bercuti dengan mak abah, memang seronok. Tak taw kenapa. Tapi itu la yang aku rasa bila bersama mak abah. Tapi kali ni tak boleh join. Sebab tak der duit. Huhuhuhu
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Sahabat2ku, masih ingat dengan lukisan ni? Kalau ikutkan, aku pun x ingat di kelas mana aku lakarkan wajah2 bosan kami sekumpulan. Hehehe... Tapi memang ini la yang setiap di antara kami lakukan ketika di dalam kelas tutorial. Rasanya, aku sorang je yg tak pernah ambil perhatian. Kalau Yad, dah taw dah. Dia pakai spek mata. Kalau dia tertido, xder saper yang perasan. Masa aku kemas2 stor, terjumpa semula lakaran ni. Masih segar diingatan. Macam baru jer habis belajar di UIA. Rindu kamooooo!
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Nak g berehat, tak perlu tunggu hujung minggu. Hari-hari bekerja pun boleh. Lagi best. Relax jer sebab tak ramai yang boleh keluar release tension waktu kerja. Hari ni my s0mi ambil cuti. So, aku dan keluarga my brother & Nani plan g picnic kat Sedim. Syoknya dapat mandi air terjun...

setahun sekali jumpa air, mcm ni la... hahaha
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Pukul 7 malam semalam, my m0m, abah, nani dan kak tam selamat tiba di lapangan terbang antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang. Nampak muka mak, hati aku rasa lega. Nama abah, aku tersenyum lucu. Abah macam tak nak balik Penang jer. Topi eskimo masih di kepala. Laju jer abah jalan bila troli bagasi beralih tangan kepada my s0mi. Yang pasti, aku rasa sangat gembira. Rasa hidup kembali bersemangat. 6 hari tak dengar suara mak dan abah. Rasa rindu sangat2. Cuma mak ada kata, tak seronok ke Beijing. Barang mahal. Yer la... mana lebih baik? No place like home, kan? Yang mak aku bawa balik cuma barang2 makan. Share la dengan adik beradik lain. Malam tu, cuma keluarga abang dgn aku jer yg balik sambut mak abah.

 Abang tunggu apa tu? Semua barang makan. Hehehe
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa

Tengok barang macam dah sarat dalam kabinet dapur. Jadi timbul satu idea bila tengok rancangan masak kat ASTRO. Bilik store kat belakang tu banyak lagi ruang. Aku g beli playwood dan abang pasangkan sebagai rak. So, hari ni aku sibuk mengemas bilik stor ni. Susun semua barang-barang runcit ikut muat dan labelkannya. Fuh! Letih! Tapi rasa puas hati. Suka Bangat!

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Bila kerajaan dah bagi hadiah untuk rakyat, apa salahnya kita berterima kasih tanpa sebarang komen yang negatif. Tidak ke kita terfikir yang duit itu akan jd tidak berkat jika kita tidak bersyukur? Itulah sebenarnya masalah kita sebagai makhluk Allah swt. Terlupa bersyukur kepadaNya di atas rezeki yang dikurniakan. Kerajaan hanyalah satu terminal yang kita sangka memberikan kita duit RM500 tersebut. Lalu ada diantara kita yang tidak putus2 memberi pandangan negatif pada kerajaan. Tidakkah itu namanya kita mengutuk rezki yang Allah swt berikan? Renung2kan... Itulah namanya rezeki. Apa saja benda baik yang kita dapat, adalah datangnya daripada Allah swt. Oleh itu, jangan lupa sujud syukur.

Anda boleh muat turun borang tersebut melalui link BR1M.
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Kebanyakan orang akan fikir ini adalah perkara biasa yang tak perlu la diheboh2kan dalam internet.. Tapi sebab aku cari tak pernah jumpa, jadi aku sangat teruja bila ia muncul di depan mata aku dan di dalam perkarangan rumah aku. Hehehe... Tapi tak bermaksud aku percaya pada ramalan yang karut2. Cuma aku rasa ianya sangat comel dan bentuknya yang seperti hati tu, begitu menarik. Daun2nya lembut dan kadang2 rasa macam takut terkoyak bila dipegang. Hari ni, aku nampak ia tumbuh liar dalam salah satu pasu di perkarangan rumah aku. Sebelum my s0mi petik dan buang, baik aku snap untuk dibuat tatapan di masa depan.

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Petang semalam, my s0mi minta aku call dia sebab org astro call suh bayar bil. Tak sampai 5 minit, abg call aku semula guna no kawan dia. Aku dengar suara abg macam orang nak nangis. Rupanya handphone dia dicuri orang. Benda dah jadi, tak kan aku nak marah2 kot. So hari ni, sebab kesian tengok abg, aku ajak la abg g survey hp. Aku topup la guna duit aku skit. Janji, bayar balik bila terima gaji bulan ni. Hehehe...

Sekarang tengah promotion Samsung Galaxy Ace. Nak kata murah sangat tu, tak la... Diskaun RM100 jer. Dari harga RM799, dapat la RM699. Minta tawar macam mana pun mesti tak dapat. Dah dua tempat g survey. Last2 give up dan beli la jugak. Apa2 pun, agak berpuas hati sebab camera ada flash. Cantik even snap dalam tempat yg gelap.

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Anak sedara ni agak istimewa di hati aku dan s0mi. Mungkin kerana mulutnya yang ramah dan sikapnya yang manja membuatkan aku dan s0mi tertarik hati. Lagipun dia selalu bertandang di rumah kami dan meriuhkan suasana. Namanya Nur Batrisyia. Dah pun 5 tahun umurnya. Dah semakin tinggi pun dia...


LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Malam nanti, kat rumah salah sorang abang ipar aku ada majlis sempena anak lelakinya yang baru saja selesai berkhatan. Kalau ikutkan memang la abang Mi hanya bergurau. Tapi my s0mi nak juga bawa sesuatu sebab kami berdua tak dapat bantu dalam penyediaan majlis. Dua-dua kerja... Nasib la... So, aku nak buat sesuatu yang anak buah boleh makan. Hasilnya...


LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Kawan my s0mi akan bersanding pada 18hb ni... Jadi macam biasa, abg akan bajet hanya RM20 untuk hadiah perkahwinan mana2 kawan yang akan berkahwin. Sebab aku turun lagi ke expo pinggan Mikasa pada hari Isnin lalu, aku belikan satu set hidangan lauk ni. Bila bawa balik, nampak cantik plak. Tunggu la next year. Aku akan pegi lagi dan akan beli satu lg set pinggan. Kalau boleh, tiap tahun nak tukar set pinggan di rumah. Hehehe... terujanya... Patutla my m0m banyak koleksi pinggan di rumah. Rupanya ini la rasa nikmatnya bila ada rumah dan dapur sendiri.



LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Minat aku pada drama2 korea ni masa aku blajar di UIA dulu. Bila malam je, mesti aku hilang. Mana lagi kalau tak lepak di cyber cafe. Kalau hujung minggu je, aku mesti lepak kat library. Konon2nya rajin la tu. Padahal aku g download drama korea. Sebab hujung minggu, line mmg syok lah! Laju jer... Kadang2 dalam satu hari tu je, aku boleh dapat full episode. Dan menjadi koleksi aku la sampai sekarang ni. Kalau tak download, aku p burn kat bilik2 org yang buat burn cd korea. Aku rasa, time aku angkut barang2 balik habis blajar tu, ada la sekotak yg penuh dengan cd2 korea, jepun & anime. Hehehe... Dah balik kampung, tak giat mcm dulu dah. Skrg ni kdg2 ja download. S0mi aku pun terikut2 tgk cter korea yang aku bawa balik. So, skrg aku nak share 1 blog yg boleh download pelbagai drama korea dgn korg semua.





LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Sejak aku dibangku kolej lagi, aku teringin sangat nak beli external DVD-RW. Masa tu kan mahal harganya. Mana mampu. Tengok student yang kaya skit, dapat beli, meleleh jer air liur ni. Kalau aku beli, saheh kena pulau dengan mak aku kang. Dah lama study guna duit mak. Huhuhu...

Sekarang ni, harganya dah banyak murah dari dulu. Lagi plak skrg ni macam2 brand keluarkan Ex-DVDRW ni. Yang paling murah, bagi aku, brand BuFFaLo. Tadi pagi ajak jugak2 sOmi aku p PC Depot. Nak juga beli. Memandang pelajar skrg dah x guna laptop yg besar gedabak tu, memang wajibla aku beli. Lagipun, bisnes aku mem'format' Laptop/Netbook tak la tersekat2.

 Hanya RM108
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Last aku ke expo pinggan, dalam bulan Januari 2011 kalau tak silap. Lama dah aku tunggu expo seterusnya dari kilang Mikasa. Start 2/12 - 5/12, expo pinggan diadakan lagi. Kepala aku ni mula la terketar2 nak p. Hehehe... Bajet mcm biasa. RM50 jer... Memang cukup2 untuk beli 1 set pinggan dan 1 set cawan... Esok nak p lagi kot. Nak beli tambah.

 Pinggan yang paling besar tu harga RM5 sebijik. Piring tu plak RM4 sebijik. Mangkuk, RM5 sebijik
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Filem yang aku baca hanya melalui sebuah karya novel. Bagi aku, Ombak Rindu adalah hasil yang begitu menyentuh hati dan syahdu seperti kisah Tangisan Bulan Madu. Filem OR ni sangat relax. Tak stress tengok, tp agak berpuas hati. Cuma visualnya sahaja yang kurang menarik. Ada scene yang kabur. Tapi overall, BEST!

Kalau filem ni lagi panjang, lagi best!!!

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Bila kita menghadapi sebarang masalah, pernahkah kita terfikir itu adalah sesuatu yang terbaik dari Allah swt untuk kita? Yang kita tahu buat hanya menangis. Dan dalam tangisan itu, sebenarnya kita lupa untuk mengucapkan syukur kepadaNya. Kita memikirkan masalah yang besar, tapi tidak mengendahkan masalah yang kecil.


LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Kali ni buat pakai cream topping plak. Ari tu x reti buat bunga lagi. Hehehe... Try2 jer ni...


 Rasa sayang plak nak makan... Gebu la pakai cream topping ni
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Do you have any problem to surf KMPP portal? Maybe the URL is wrongly typed. This is the actual URL that u may have to type.

http://portal.kmpp.matrik.edu.my/

or... just click on the URL above.

Hopefully it may help you!


Love,
-NIC-
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Bila kita tengok filem seram, ada saja aksi yang tak disedari kan? terutamanya waktu antoo2 tu kuar kat skrin. Masa tu la aku selalu pecah gelak. Lagi2 bila tengok my hubby punya reaksi. Hahaha!

 Akmal dah siap sedia nak tutup mata

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Pejam celik, pejam celik, setahun lagi kita diberikan kehidupan di dunia ini. Kini bermula pula tahun yang baru. Jadikan apa yang berlaku sepanjang tahun yang lalu itu satu kenangan yang mungkin dapat membantu kita menjadi lebih kuat untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Kita tidak berpijak di dunia ini buat selama-lamanya. INGAT! Kita cuma singgah sebentar di sini untuk mencari sesuatu buat bekal pulang ke sana.

Ada yang cepat sampai, dan ada juga yang lambat sampai. Yang pasti, kita semua sedang menuju ke arah yang sama. Tidak ada dua hala. Yang ada hanya jalan sehala... Kerana waktu tidak pernah berdetik mengundur, tapi semakin lama semakin ke hadapan. Perbanyakkan ibadah kepadaNya. Kuatkan iman dan taqwa kepada yang Maha Esa. Kerana pintu taubat itu mungkin ditutup buat selamanya esok. Hanya Dia yang tahu bila waktunya. Kita hanya dapat meramal.

Wallahu'alam

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH BERSAMA AZAM MENUJU KEPADA ILAHI!
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
ALL YOU HAVE TO DO, COME TO NOR INTERNET CAFE (BLOK B4 CYBER CAFE)



LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
ALL YOU HAVE TO DO, COME TO NOR INTERNET CAFE (BLOK B4 CYBER CAFE)

It's ok to repair rather than buying the new thousands ringgit lappy
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
ALL YOU HAVE TO DO, COME TO NOR INTERNET CAFE (BLOK B4 CYBER CAFE)


Require only 1 day to completely formatted
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
ALL YOU HAVE TO DO, COME TO NOR INTERNET CAFE (BLOK B4 CYBER CAFE)


We'll make it possible for you. All you have to is just to ask!
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Fluffy Frosting on top


LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Inspire Your Living 
Junko Furuta. The girl who went through 44 days of torture.

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Let's get buzy! Kalau minat, apa kata buat saja? Dah lama terfikir tapi takut nak buat. Takut kalau2 tak habis jual. Tapi bila fikir-fikir balik, kenapa nak fikir habis ke tak... Kalau tak habis, bawa balik, anak2 buah boleh habiskan. Lagipun tak rugi bagi orang makan, kan? InsyaAllah dapat pahala besar. So, ingatkan esok nak mula buat cupcakes yang comel2.



LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Hari ni aku balik dari cc macam biasa. Baring atas katil, pandangan mata aku terhenti di suatu sudut di atas almari. Ada album gambar yang dah lama x terusik. Tangan ni rasa gatal nak ambik. Bila tengok gambar-gambar dalam tu, ibarat sebuah mimpi yang tak mungkin berulang. Ada ketawa dan senyuman di situ... Mungkin segelintir yang lupa tentang apa yang pernah terjadi suatu ketika dulu. Inilah cara untuk kita mengingatinya semula.


 Saper yang gigit buku tu? Orang sibuk nak cek kerja sekolah, dia pun sibuk jugak! Tu la KAKAK masa dia mula2 masuk geng mak tih. Hahahaha!
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Semalam sorang lagi sahabat sekelas aku di kolej dulu naik pelamin. Yang sedihnya, dia antara sahabat karib aku dan aku x dapat hadirkan diri ke majlis persandingannya. Huhuhuhu... Tapi aku tetap gembira dan doakan kebahagiaannya dari jauh. Tahniah Khairul Amri! Semoga ikatan yang dibina itu teguh dan kekal hingga ke Syurga. Amin...


Tinggal lagi 3 orang kawan aku yang belum kawen... Harap2 cepat2 la bertemu jodoh
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Pukul 3 ptg td, kawan aku dr Putrajaya call. Nurul Hafizah Sulaiman namanya. Dia tanya aku kat mana... Of course la aku di Penang. Tak kan tetiba muncul di Putrajaya tanpa berkhabar dengan dia. Hahahaha! Rupanya, dia nak bagitau aku yang dia dah mula rasa sakit nak bersalin. Masa dia call aku tu, dia tengah tahan sakit tapi masih mampu bergurau senda dan ketawa besar. Lega sikit hati aku dengar suara dia macam tu. Dia dalam perjalanan ke hospital.

Dan tadi aku baru saja terima SMS dari dia dan katanya, dia dah selamat bersalin jam 5 ptg td. Cepatnya! Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Aku pun turut rasa senang hati. Baby Boy!!! Tahniah sangat2!!! Bila la nak sampai turn aku... Tapi tetap happy go lucky! Oh yeah!

MOHD HAZIQ SAFWAN B MOHD SHAHFIQ (20/11/2011)
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Egg Tart with Strawberry Jam on top



Caranya sangat mudah...

Kulit tart tu:
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar mentega
2 sudu besar gula caster
2 sudu besar air sejuk
* Mix semua bahan dan chill it for 30 minutes dalam peti sejuk

Filling:
3/4 cawan susu penuh krim
2 biji telur
3 sudu besar gula caster
* Beat the eggs & pour the milk and sugar in it

Mudah! Aku suka! Aku suka!