SeMBaNG SiNi

Tuesday, 22 May 2012

Hormatilah Mereka Demi Masa Depan Kita

aku tak taw la apa pendapat org lain, tp aku cukup bencindgn org yg tak tahu menghormati org tua. lagi2 dgn mak abah. tak kira la dia tu mak bapak kandung atau mertua. dua2 pun sama penting. Syurga masih terletak di bawah tapak kaki seorang ibu. Tak rugi kalau kita menjaga hatinya. Tak jugak rugi kalau kita menghormatinya. Klu kita menghormati org lain, InsyaAllah kita dihormati orang lain. Tapi kalau dgn mak bapak dan mertua, kita layan lebih kirang, ckp kurang ajar, sampai mati pun, tak ada org yang akan hormati kita. Cakap la semanis mana pun, Allah swt tu Maha Adil. Klu kita layan mak bapak dan mertua lebih kurang, sampai mati pun, hidup tak ada keberkatan. Jangan anggap kita perfect sbb anak2 tak pernah kurang ajar dgn kita. Sbb balasan Allah itu di luar jangkaan. Satu hari kita pasti merasa apa yg org tua kita rasa skrg. Jgn anggap dunia ni tak berakhir. Bersyukur la sbb adanya ibu bapa. tanpa ibu bapa, mana datangnya kita? Mana datangnya isteri / suami kita? Mana datangnya anak2 dan keluarga bahagia kita?

Dan aku jugak paling menyampah dgn org yg pinjam duit mak bapak, x bayar balik. Lagi2 menantu. Dah la menantu, bila susah x malu dtg minta tolong. Bila dah ditolong dgn ikhlas hati, janji nk bayar, x penah bayar. Ada duit pun, dia kira halal sendiri je. Pastu bila hidup dah senang, dgn mertua pun ckp lebih kurang. Sendiri maw ingat la... Hutang dibawa sampai ke mati. Jangan pandang org lain dpt lebih. Dpt lebih tu sbb x penah mungkir janji. Hutang pun x penah x bayar. X maw esok2 mati menangis kat sana. Takot Allah swt dulu sblum nak berlagak dgn org lain.

Aku tak tuju pada sapa2. Tapi kalau ada yg terasa, cepat2 la muhasabah diri mcm mana layanan kt pada ibu bapa walaupun dgn mertua sebelum terlambat. Tak de sape yg benci pada org yg menginsafi diri. Tapi klu kt masih di takok lama, percaya la... org makin benci. Cuba ikhlaskan hati terutamanya pada org tua...

Monday, 23 April 2012

PenGaMaL iLmu HiTaM

Aku tak faham kenapa ada manusia yang masih jahil walaupun dah diberi ajaran agama. Tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Sampai hilang akal disebabkan hasad dengki. Sanggup musnahkan kebahagiaan orang lain untuk kepuasan hati. Dan sanggup juga menduakan Allah swt. Tak takut dengan balasan yang menanti dia es0k. Hari ni mungkin dia tersenyum kerana sudah berjaya menghancurkan hidup orang lain. Tapi es0k, sebelum dia menemu ajal, dia pasti akan diberikan pengajaran hebat dari Penciptanya. Pengajaran yang tiada kata taubat sampai ke hari dia dihisab nanti.

Semalam aku g umah kakak aku. Dia ada citer pasal anak jiran dia kena sihir. Budak tu baru 19 tahun. Masa depan dia jawoh lagi. Tapi sebab hasad dengki orang terhadap famili dia, dia dijadikan mangsa kedua selepas bapak dia meninggal dunia. Jin yang dihantar tu jantan. Tua plak tu. Gatai nak mampos. Ada sorang pakcik yang agak pandai ni, cuba pujuk jin tu keluar dari badan budak pompuan tu. Jin tu minta pompuan. Dia kata dia teringin nak buat macam org lain. Memang gatai la... Then, pakcik tu hembus tangan dia. Jin tu bersuara, 'Fuyooo! Lawanya.' Dia minta rumah nak stay dgn pompuan tu. Pakcik tu sediakan buyung. Dia minta lampu. Nanti rumah dia gelap. Pakcik tu masukkan lilin. Pujuk punya pujuk, dia pun keluar masuk dlm buyung tu. Pakcik tu tutup la buyung tu.

Tapi jahat lagi tuan dia. Hantar lagi sekor. Dia kata dia beli kat tokong cina. Ada sorang ustaz tu datang mengubat. Katanya yang dengki tu jiran sebelah rumah. Mungkin satu khabar yang mengejutkan kakak aku. Tapi dia tu manusia macam kita jugak. Dia pasti akan terima balasan yang setimpal. Mungkin dia lupa, bila mati nanti, dia perlukan orang sekeliling untuk uruskan jenazah dia. Jin yang sebelum tu ada cakap, dia yang buat kat bapak pompuan tu dulu sampai mati. Ajal maut memang Allah yang tentukan. Tapi kenapa dia mesti cari dosa jd penyebab kematian orang lain? Hidup dia cukup mewah. Tapi masih ada rasa dengki pada orang lain. Orang yang dia dengki tu bukan la orang senang pun.

Apa2 pun... aku harap semuanya berakhir dan dia terima balasannya secepat mungkin supaya tak de orang lain yang jadi mangsa dengki dia.

DaH MaSYaM

Hari ni GuGurL kena mandi. Dah masam bau badan dia... Selalunya, bila time mandi, dia mer0nta2 nak lepaskan diri. Apa yang bezanya hari ni, dia duduk diam la skit sbb air tu suam2. Sedap gamaknya bila badan kena air suam. Tapi macam biasa la, lepas mandi dia mesti x nak duduk dekat dgn tuan dia. Lari duduk sorg2 kat ceruk2. Merajuk agaknya... Mesti dia pk, tuan dia jahat bagi dia mandi. Yang penting, GuGurL dah wangi!!! Pakai Rejoice lagi. Ahaks! Misi seterusnya 2 minggu akan datang.

 Gambar ni sebelum mandi
 Ni dah mandi... kecut je...

Saturday, 21 April 2012

MaLaM SeMaLaM

Sempat la jugak rakam...

video
video
video

SaTu MaLaM YaNg MeRiaH

Semalam famili mertua adakan satu majlis sambutan ulangtahun kelahiran buat 3 ahli keluarga. Macam tahun-tahun yang sudah, semuanya datang dengan 2 bijik hadiah yang semp0i. Memang harap-harap isi dalam tu semp0i la... Tapi yang paling semp0i, hidangan malam tu; bihun | kuey tiaw | mee tomyam, laksam, nugget, kuih talam & candy lolipop. Kek birthday macam biasa, mesti la aku yang bikin. Hehehe~ Enjoy kenangan yang sempat di rakam semalam.



Monday, 16 April 2012

KeLaTaH GuGurL 02

Sudah pandai main... Pelekat peti sejuk yg aku beli kat terengganu tu pun dah jd doll dia...

video

KeLaTaH GuGurL

Makin lama, GuGurL dah biasa tinggal di rumah aku. Aku pun dah tak masukkan dia dalam sangkar tiap kali keluar rumah. Dia dah tahu mana jamban dia, mana makanan dia, mana susu dia... Waktu malam pun biarkan jer dia nak tdo mana. Lagipun, GuGurL x suka masuk sangkar. Menjerit2 dia panggil... Buat muka kesian. Seronok tengok dia membesar walaupun belum 1 minggu aku pelihara. Semalam tengok dia tdo. Aku rasa dalam 1 malam, 5-6 kali dia bangun & tukar tempat tdo. Mungkin dia mencari tempat yang selesa. Last2, sebelah aku jugak yang dia suka. Hehehe~ Nasib tak penyet dia.




Friday, 13 April 2012

aWiS

Once upon a time, dialah sepupu yang rapat dengan aku. Main sama2... Tapi lama2, kami tak berhubung lagi. Masing2 buat hal sendiri. Tiba2 aku dengar lagi khabar berita dari dia. Itu pun melalui kaca televisyen. Dia masuk reality show bersama Ramlah Ram. Sungguh tak sangka. Dia nampak begitu berubah. Lebih kacak dan matang. Dialah sepupu aku. Sekarang sudah pun berumahtangga. Gembira rasanya hati bila tengok sepupu yang sama2 membesar mengecap bahagia.

WaRGa BaRu

Sudah 3 tahun hidup berdua... Tunggu kehadiran cahaya mata, masih belum tiba... Sebagai ganti buat peneman hari-hari yang sunyi, seekor anak kucing yang comel. Umurnya baru 2 bulan. Namanya GuGurL... Suka sangat2... Hari ni, pagi2 lagi dah ke kedai kucing. Nak belikan bola loceng buat dia main. Tapi ternampak 2 ekor kucing dalam cage. Sejibik mcm BaBY... Harganya RM1000... Waaaaa... Mahal sungguh nilai ko, GuGurL. Hehehe~ Boleh kayo mok cik jual kam000... Tapi aku x juaL la dia. Tengok harga semahal tu, rasa bertuah la dapat free. Tak yah susah2 aku kumpul duit untuk beli kucing macam GuGurL.




Monday, 9 April 2012

SiaPa JaDuLLah Al-QuR’aNi


Di suatu tempat di Perancis lebih kurang lima puluh tahun yang lalu, ada seorang berbangsa Turki berumur 50 tahun bernama Ibrahim, dia adalah orang tua yang menjual makanan di sebuah kedai makanan. Kedai tersebut terletak di sebuah apartmen dimana salah satu penghuninya adalah keluarga Yahudi yang memiliki seorang anak bernama “Jad” berumur 7 tahun.
Jad, anak Yahudi ini hampir setiap hari ke kedai tempat di mana Ibrahim bekerja untuk membeli keperluan rumah. Tetapi setiap kali hendak keluar dari kedai –dan semasa tuan kedai, Ibrahim sedang leka, Jad selalu mencuri sekeping coklat.
Pada suatu hari , Jad terlupa untuk mencuri coklat semasa mahu keluar, kemudian tiba-tiba Ibrahim memanggilnya dan memberitahunya bahawa dia terlupa mengambil sekeping coklat seperti biasa. Jad ketakutan, kerana dia menjangka bahawa Ibrahim tidak mengetahui apa yang dia lakukan selama ini. Dia pun meminta maaf dan takut jika Ibrahim melaporkan perbuatannya tersebut kepada ibubapanya.
Ibrahim pun menjawab: “Tidak apa, yang penting kamu berjanji untuk tidak mengambil sesuatu tanpa izin, dan setiap kali kamu hendak keluar dari sini, ambillah sekeping coklat, itu adalah milikmu!” Jad pun menyetujuinya dengan penuh kegirangan.
Waktu berlalu, tahun pun berganti dan Ibrahim yang Muslim kini menjadi seperti seorang ayah dan rakan akrab bagi Jad si anak Yahudi.