DRoP YouR BLoG URL HeRe

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Setahun ke setahun, dalam gambar hanya kami berdua. Tapi kami tetap bahagia. Alhamdulillah...






 Genggamanmu semakin erat...
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Kalau nak ikut keinginan suami aku tu, tak habis2 nak menghias rumah. Kadang2 benda dah ada pun, dia nak beli. Sampai aku ingatkan, baru la dia stop. Semalam kan ke pesta. Tujuan satu je. Nak beli karpet. Nak beli kat kedai biasa, memang tak mampu sebab harganya yang mahal. Dah la kecik, harganya plak RM400-500. Time pesta jer boleh dpt karpet gebu yang murah2. Bajet RM200, boleh dpt 3 saiz.

Karpet paling besar... RM140

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Semalam my s0mi ambil cuti. Dah lama x spend masa utk rehat2 bersama. Jadi best jugak kalau kuar jalan2 berdua ke Pesta Pulau Pinang. Kalau dulu kat Langkawi, ambil gambar dengan ular sawa. Kali ni ambil gambar dengan burung Kakak Tua plak. Comel laaa...

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Bila rasa bosan, macam2 benda kita nak mereka2 kan? Macam aku... :D


Telur2 ni baru kuar peti sejuk. Sebab tu mcm berpeluh jer. hehehe... lain kali kalau beli telur sepapan, nak buat lagi.
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Ada tak dalam dunia ni selain Siti Mariam, melahirkan anak tanpa seorang bapa? Walaupun secara tidak sah, tetap mempunyai seorang bapa, kan? Walau beribu kali seorang ibu berkahwin, anaknya itu tetap mempunyai seorang bapa.

Abah mungkin kuat berleter, selalu naik angin, suka komplen tentang sesuatu, banyak tanya dan kadang-kadang sikapnya tu membuatkan orang lain pandang dia dengan aneh. Tapi aku tak pernah rasa malu ada abah macam tu. Kadang-kadang sikapnya membuatkan aku ketawa sendiri. Lucu benar kalau diingatkan. Walau ada orang yang memandangnya aneh, aku tak kan jauhkan diri dari berdiri di sebelahnya. Bila dipandang lama2, sudah tua rupanya abah aku. Tapi masih cergas ke sana ke mari. Di hati ini, singgah rasa kasihan pada abah bila ada yang cakap malu nak berjalan dan duduk dengan abah. Siapa la yang sampai hati berkata begitu...

Mungkin dia lupa yang dia juga ada anak. Belum tahu di hari tua, anak2nya dapat menerima dia seperti sekarang. Belum tahu di hari esok, anak2nya mahu berdoa untuknya. Walaupun seorang bapa tidak berkedudukan tinggi seperti seorang ibu, dia tetap adalah insan yang mesti dihormati.
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Sudah 80% siap mini garden yang my s0mi tgh usahakan sejak bulan April lalu. Hari ni ada perubahan skit kalau nak dibandingkan dengan 8 bulan lepas.