DRoP YouR BLoG URL HeRe

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
setiap hari, kita akan dengar pelbagai perubahan yg berlaku terhadap artis2 kita di luar sana. Semakin ramai artis Malaysia mendapat hidayah dari Allah swt. Alhamdulillah... Dan artis2 ini adalah antara artis2 yang mendapat gosip hebat terhadap cara pemakaian mereka sebelum ini. Tapi siapa sangka kan? Allah swt menyebarkan kasih sayangNya kepada mereka ini. Kesimpulan, Allah swt tidak pernah lupa kepada makhluk ciptaanNya. Jangan disangka, kita lupa pada Dia, Dia akan abaikan kt. Allah swt bukanlah manusia seperti kita. Dia adalah Pencipta yang tidak mampu dinilai oleh akal fikiran makhluk seperti kita. Kerana Dia Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

 Wardina & Irma

ADA LAGI FOTO2 ARTIS. KLIK KAT TITLE KLU NAK TENGOK LAGI!
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Seingat aku, aku pernah buat puding caramel ni sekali jer. Tu pun sebelum kawen dulu dengan pantauan ibu tersayang. So, smlm aku cuba la nak buat sendiri. Terlupa nak snap gambar rupa puding aku tu. Rasa memang sama, cuma gula hangus aku tu x jer yg kurang menonjol. Mungkin teknik aku yg salah. Huh! Apa2 pun tetap sedap bila dimakan dgn koktail buah. Jom nak share resepi...



A - Gula Hangus
Masak 1 cawan gula pasir sehingga cair dan keperangan
Masukkan 1 cawan air dan kacau di atas api yg kecil sehingga gula tersebut larut dan tapiskan
Tuang gula hangus ni di dalam loyang bersih

B - Puding
5 biji telur, 1 cawan gula, 2 sudu esen vanilla, 1 tin susu cair, 1/2 cawan air sejuk
Pukul telur, susu cair dan gula sehingga kembang
Masukkan esen vanilla dan air sejuk
Pukul lagi dan tuang ke dalam loyang yg diisi air gula tadi
Kukus selama 30-40 minit.

Kalau makan saja, aku rasa agak mual kot. Better makan dgn nata decoco atau koktail buah. Yum! Yum!


LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Mungkin ramai yg tidak tahu tentang pengorbanan umat Islam setiap hari untuk agama tercinta, kan? Mari kita sama2 hayati salah satu perngorbanan saudara kita yg bernama As Syahidah Dr Marwah Al Syarbin.






Dunia dikejutkan dengan pembunuhan kejam pada 1 Julai 2009 terhadap Dr.Marwah as-Syarbini kerana tudungnya. Tidak banyak liputan TV mengenai Marwah as-Syarbini, seorang ibu yang mempunyai seorang anak,sedang mengandungkan tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda jerman keturunan Rusia yang anti islam dan anti muslim. Tidak ramai pula dikalangan orang islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian raja pop. Itu pun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. berhari-hari bahkan berminggu-minggu masih belum reda isunya.

Ribuang penduduk mesir menghantar jenazah Marwah ke tempat pengkebumiaanya. Beliau tidak sepopular artis tersohor dunia,Micheal Jackson,tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya.

Marwah ditikam di ruang mahkamah kota Dresden,Jerman sebelum memberi keterangan keatas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda jerman Alex W yang kerap menyebutnya "terroris" hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwah dan berusaha melepaskan jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwah, kali ini ia menikam Marwah berkali-kali. Suami Marwah yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembah suami Marwah yang kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Dresden.

Dalam sejarah islam, seorang wanita islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman khalifah Mu'tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata "waa Mu'tasimah". Mu'tasim yang berada jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Umat islam kini, apa yang dibuatnya?media dunia umat islam sendiri hanya pentingkan berita pengebumian raja pop Micheal Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwah melainkan media islam khususnya di internet.

Untuk memperingati peristiwa ini, hari jilbab sedunia dicadangkan bagi mengenangkan Marwah as-syarbini.