DRoP YouR BLoG URL HeRe

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
 Hujan2 pun nak mandi jugak!








LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Tak taw la menu ni dikategorikan orang rajin masak ke x. Tapi bagi aku, menu ni la yang paling simple sbb x perlu nak berpanas dekat dapur tu. Tunggu masak je. hehe...


Ayam Tandoori + Nasi Briyani


Kenyangnyaaaa...
Labels: 0 comments | edit post
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Bukan saja sejak lahir... tp sebelum dilahirkan lagi kt telah pun menyusahkan dia yg bergelar ibu. Sedar tak yang seorang ibu tak pernah mengungkit segala kesusahan yang dia alami? Alah dengan segala macam benda. Kadang-kadang sehingga mematahkan selera makannya. Namun dia sangat kuat dan tabah. Hati rasa lebih gembira bila mengenangkan bagaimana rupanya anak kecil yang akan keluar setelah 9 bulan nanti.


Seorang ibu tidak pernah merasa terbeban walaupun gajinya itu hanya cukup makan. Walau apa saja kesusahan yang bakal mendatang esok, dia sanggup hadapi asalkan dia dapat melihat anak-anaknya membesar di depan mata. Tapi kadang-kadang si anak lupa untuk menjaga hati ibunya. Walaupun seorang ibu itu ada kalanya mengatur hidup anak-anak, tapi semua itu tidaklah bertujuan memusnahkan masa depan anak-anaknya. Cuma sebagai seorang anak, lebih cenderung dengan minat sendiri dan kerana minat itu, dia sanggup meninggikan suara kepada ibunya. Seolah-olah memberitahu yang dia kini sudah dewasa dan tahu arah mana yang dia patut tuju. Adakah kedewasaan itu telah memutuskan hak seorang ibu? Kasihan si ibu yang ditengking anaknya. Itu la kenyataan yang kt perlu terima sekarang. Majoritinya lebih mudah meninggikan suara pada si ibu. Dan si ibu pula adalah insan yang sering meminta maaf pada si anak. 


Benarlah bicara Rasulullah saw... Bala itu datang bila salah satunya itu ada iaitu apabila seorang ibu melahirkan tuannya. Tidak hairanlah kenapa sekarang ni banyak bencana yang berlaku. Bukan hanya pada si penderhaka, malah orang lain juga terpaksa terima tempiasnya.


Jagalah ibu kita dengan baik selagi dia masih bernyawa. Tak perlu tunggu usianya mencecah 70 - 80 tahun. Tak perlu tunggu dia jatuh sakit. Tak perlu tunggu dia mencari kita. Carilah dia, belailah dia, ciumlah dia dan jagalah dia selagi ada peluang. Kerana maut itu tidak mengenal usia. Mungkin si anak yg akan pergi dulu dari si ibu. Tiada lagi peluang untuk berjasa kepadanya.


I love my mum so much...