DRoP YouR BLoG URL HeRe

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Sehari sebelum raya haji, ingat nak cari la duit poket skit. so, aku pun try2 la buat nasi lemak untuk di letak kat kedai makan mak. Tapi sebab 1st time buat, sempat buat banyak ni jer. Apa2 pun Alhamdulillah boleh jugak buat.



LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Kek untuk raya haji... 


LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
May 2oo8 - Abah terlibat dalam satu kemalangan kecil berhadapan masjid Pajak Song awal pagi ketika abah dalam perjalanan ke tempat kerja. Hanya Tuhan saja yang tahu macam mana rasa lemahnya lutut ni bila dengar berita tu dari panggilan telefon Kak Tam dan Kak Ngah. Aku tak fikir apa dah, terus ke hospital dengan doa yang tak henti-henti di mulut dan di dalam hati. Minta abah di bawah perlindunganNya. Alhamdulillah, abah hanya luka ringan. Namun tragedi sekecil itu cukup memberi impak pada aku dan ahli keluarga yang lain. Baru aku tahu yang aku masih belum bersedia menerima pemergian kedua orang tuaku.






Siapa kata kami tak sayangkan abah. Semua sayangkan abah... Abah memang kuat. Sebab tu abah cepat sembuh dari luka-luka tu. Alhamdulillah
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Apple Pan Cake with Custard Sauce on Top



Resepi ni cedok-cedok dan boleh dikatakan sebahagiannya adalah idea sendiri. Hehehe...

Pan Cake
Tak susah pun. Beli jer sekotak tepung pan cake kat kedai tu. Dan ikut cara bancuhannya. Cuma perlu tambah minyak, telur dan air jer.
Guna epal hijau taw. Potong dadu dan rebu dalam air yang sederhana untuk lembutkan dia. Masukkan gula perang secukupnya dan juga garam sikit. Kalau suka bau kulit kayu manis, boleh tabus skit serbuk kulit kayu manis. Pastikan air rebusan tu kering. Tak boleh ada air.
Epal yang dimasak tadi, di tuang ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian tuang pula adunan tepung pan cake ke atasnya. Kalau nak cantikkan lagi, susun la hirisan epal di atas...
Bakar selama 20-30 minit.

Custard Sauce
Taw kan macam mana nak buat puding kastad? Caranya sama jer. Cuma tak perlu la kita taruk agar-agar. Kang jadinya puding, bukan sos. Masak susu segar sampai hampir mendidih. Jangan lupa taruk gula mengikut kemanisan yang korang suka. Jangn manis sangat taw. Nanti kena potong kaki. Sambil tunggu susu tu mendidih, bancuh 2 sudu besar tepung kastad (aku guna tepung kastad yang jenama Nona) dengan secawan air. Bila nampak susu tu hampir mendidih, tuang bancuhan kastad tadi sambil tangan kiri kacau tanpa henti. Supaya tak berketul2. Kacau la sampai agak2 dah cukup pekat. Jangan terlalu pekat. Nanti kastad tu keras plak. Tak boleh nak tuang atas pan kek.

Cuba lah! Sangat mudah untuk sarapan padi yang sihat!
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Ayah ada bina sebuah rumah kecil berdekatan dengan Pantai Merdeka. Masa rumah tu baru siap, semua org rasa seronok dan kerap lepak di situ. Dan satu hari ayah buat satu majlis kecil untuk seluruh keluarga supaya semua dapat berkumpul bersama-sama. Tu la sekali majlis yang kami adakan di sana. Seronok sangat!

 Anak buah aku yg sorang ni plak, Syu... Dia baru jer lepas terjebak dalam kemalangan motorsikal. Masa majlis ni, dia kena cuci luka. Masa tengah cuci tu, nangis2 la dia sebab pedih.
 Sementara nak tunggu majlis tu bermula, abg keluarkan bot kontrol dia. Apa lagi! Semua pakat duk main la... Abg Din kuat mengusik. Dia nak campak batu besar tu kat bot kontrol. Sabau jer lah. Menjerit2 my hubby masa tu takut terkena bot dia. Hahahaha!
 Selesai majlis, pakat2 nak cuci pinggan la plak.

 Lepas makan, mandi kat pantai merdeka. Dalam hujan plak tu. Tapi memang best sebab tak panas
 Disebakan anak buah aku si Syauqi ni silap buat terjunan, akibatnya tangan sebelah kanan terlari sendi. Konon2 nak stunt depan kamera. G terjun kat air yang cetek. Memang konfem la... Semua orang gelakkan dia!
 Hero-hero kebanyakannya makan dalam rumah bersama ayah dan Pak Lang. Yang geng menantu-menantu perempuan semua lebih suka makan dan lepak2 kat luar rumah. Berangin skit.


Tak tahu bila lagi nak buat majlis cm ni kat Pantai Merdeka nun! Best jugak ada aktiviti keluarga.
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Plan nak tukar kereta. Tapi tetiba ayah kasi tanah dan mak plak nak bantu bina rumah. Cancel tukar kereta dan teruskan dengan projek bina rumah. Seronok tak terkata boleh dapat rumah sendiri.


Boleh tengok dari tanah tu kosong sampai la pokok-pokok depan rumah ni naik besar... Macam mimpi ja boleh dapat rumah sendiri dengan rekaan sendiri. Hmmm...
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Siapa kata wanita yang bekerja hanya bekerja di pejabat, berhadapan dengan sebijik komputer, kan? Bagi aku ada lagi tempat kerja untuk seorang wanita. Lagi2 mereka yang sudah berumahtangga. Kalau balik rumah, tempat yang aku paling suka lepak adalah.... dapur... Sebab itu adalah bahagian rumah yang paling utama untuk aku, aku mahukan yang terbaik dan paling selesa untuk aku bersilat nanti.


Masa aku mula-mula pindah masuk, inilah rupa dapur aku yang belum siap. Orang yang paling malas nak masak, adalah aku. Aku paling suka ajak abang makan di luar. Maklum saja la... Dapur belum cantik. Semangat nak masak pun tak der...


Lepas sebulan bertapak di rumah baru, pintu kabinet dikhabarkan sudah sedia untuk dipasang. Gambar ini diambil sewaktu pintu terakhir dipasang. Hmmm...

 Pintu dah siap dipasang. Masih nampak sederhana, kan? Tapi semangat untuk mula memasak semakin meningkat. Tunggu lagi sebulan untuk proses seterusnya.



Yang baju merah tu buah hati aku. Tengah tolong pegangkan kabinet atas yang berat. Hati masa ni sangat seronok sebab dapur aku hampir siap. Tak sabar rasanya nak tengok dapur yang sempurna.


TADAAAAA! Dapur aku dah siap! Warna putih tu pilihan aku sendiri. Mula-mula tu jenuh juga bertengkar dengan abang tentang warna kabinet dapur. Disebabkan dapur ni nanti akan jadi teman baik aku, aku la yang layak pilih warnanya. Hehehehe... Marvelous lah!
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
bila dah tinggal di rumah sendiri, hati ni mula la macam2. Lagi2 bila tiba bulan puasa. Nak buat majlis berbuka puasa untuk 2 keluarga besar. Sebab rumah tak berapa besar, kena la buat bergilir2. Hari Sabtu, majlis untuk famili aku... Menu utama yang aku plan,


NaSi AyAM



ayam - rebus sekor atau sebelah sampai agak2 masak luar dalam
air rebusan tu taruk tepi dulu
ayam tu lumur dengan sos tiram skit & kicap pekat
perap dalam setengah jam ke atas
pas perap, goreng je sampai garing



air rebusan ayam tu, buat la sup...
tumis bawang, halia, kulit kayu manis, bungan cengkih & bunga lawang
perencah sup, garam, gula & aji skit
tuang tumisan tu dalam air rebusan ayam dan didihkan



nasi plak - tumis bawang, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih & bunga lawang - tumis dengan planta taw, bukan dgn minyak masak tu
tuang dalam beras
sepaket perencah sup bancuh dgn air, tuang dalam nasi
garam + gula + aji skit
tambah air secukupnya dan tanak



sos merah tu plak - cili merah yang besar2 tu, potong kasar + sos cili + bawang putih selabu + gula + garam + air skit + carrot sebijik
blender sampai halus - masak kejap atas api (x nak masak pun x pe)


kicap hitam - amek sup ayam td tu skit. agak2 la banyak mana nak buat kicap cair tu. pastu tuang kicap pekat skit + kicap masin


Macam banyak kerja, tapi sebenarnya, inila yang paling simple dari buat juadah yang berjenis-jenis lauk tu.




Menu tambahan tu plak semuanya datang dari air tangan adik beradik yang datang malam tu. Best3! Tiap tahun nak buat.

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Malam tu Kak Ngah & famili nak datang menjengah... so, terfikir la nk buat mee kari. Tapi x berapa pandai. Sebab my hubby lebih expert bab2 masak mee ni, dia la yang ajar aku buat kuah kari. Ni la 1st time dan last time aku buat mee kari. Tak tahu bila lagi nak mempraktikkan resepi ni. hehehe...


Mee KaRi






* Tumis bawang besar n bawang putih yang telah dikisar beserta bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga naik bau. masukkan bancuhan rempah kari dan air dlm tumisan bawang dan tunggu sehingga pecah minyak. masukkan sedikit santan dan air, didihkan. masukkan pula ayam dan bebola2 serta fish cake. didihkan lagi dengan tambahkan lagi santan secukupnya. taruk kacang panjang yg telah dipotong.
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Bila musim cuti tiba, mula la tangan ni rasa gatal2 nak selak2 buku resepi. Sebab dah selalu sangat baking cake, apa kata kalau kita buat kuih tradisi... Tak la makanan tradisi atok2 kita dulu pupus macam tu saja kan? Kalau ikutkan, kuih muih macam ni la yang paling sedap dan puas dimakan. Kos pun murah. Jom2 kita jenguk dapur ku...


KuiH LoMPaNG








2 cawan tepung beras
1/2 sudu teh kapur makan
1 cawan gula merah
1/2 cawang gula pasir
4 cawan air
Kelapa parut
Sedikit garam

Gaul tepung beras n kapur yang telah ditapis
Masukkan gula merah, gula pasir & air ke dalam periuk dan cairkan
Tapis air gula yang telah masak dan campurkan ke dalam tepung
Kacau rata
Kukus selama 15 minit
Keluarkan dari acuan setelah sejuk
Tabur kelapa parut yang dicampur garam di atasnya
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
1st time aku dengar ada nasi goreng lada hitam. Tu pun sebab kawan aku, Nida yg 1st g makan kat kedai abang ipar aku. Rupanya wujud nasi goreng lada hitam tu. Hahahaha! Mungkin sebab terlalu sedap, sampai angau2 kawan aku ni sorang. Kalau boleh dia nak g makan hari2. Siap promote kat FB. Hehehe...

Aku yang selalu p lepak kat kedai makan abang ipar aku tu pun, x pernah terfikir nak order nasi goreng lada hitam tu. Rasa mcm mana ye? Sedap sangat ke? Kalau nak taw, kena la p cuba cepat kat pasar awam permatang manggis. Gerai no. 3 kalau tak silap aku. Ahaks!

Jom! Jom! kita p ramai2 serbu kedai makan abang ipar aku tu... hehehe