DRoP YouR BLoG URL HeRe

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa

Ada seseorang pernah berpesan dan aku adalah salah seorang yang mendengar pesanan itu... 'Berhati-hati bila kita membuat tindakan sebab sekrang ni zaman moden. Semua org ada smartphone. Apa saja tindakan yg kita buat, org akan rakam dan kemudian publish dalam media.' aku teringat insiden yang berlaku 5 tahun yang lalu... Daripada pesanan tu, aku selalu berhati-hati di luar sana supaya tidak dimalukan kelak atau kemungkinan tindakan aku tu boleh menyebabkan aku hilang pekerjaan dan sebagainya. Tapi baru2 ini, aku dpt berita yang si fulan (yg memberi nasihat tu) telah bertindak di luar jangkaan di mana tindakannya diperhatikan oleh ramai orang. Mmg sepatutnya dia sendiri sedar bahawa tindakan tersebut mengundang perhatian ramai untuk mengambil gambar dan video. Mungkin waktu tu si fulan ni rasa, x mengapa sbb perkara ini bukan perkara luar biasa. Tp bagi aku la... Perkara yg luar biasa atau biasa, kedua-duanya tidak boleh memberi kepuasan pada orang sekeliling kita. Pasti akan mengundang fitnah dan juga cakap2 yang tidak baik. Menyedari perkara itu, si fulan mula meminta supaya orang ramai menutup mulut. Mungkin si fulan ni dah mula dgr ckp2 yg tidak baik. Masa si fulan ni sedar, semua tu dah terlambat sbb kita tiada kuasa untuk menutup mulut orang ramai. Moral of the story, jadikan pesanan yg kita ungkapkan tu sesuatu yang kita amalkan. Dan aku mulai sedar yang setiap manusia itu diciptakan Allah swt tidak sempurna. Kita memandang org lain buat kesalahan, tp kita menegur kerana tidak mahu kita dipersalahkan. Kita patut ubah niat tu... Menegur kerana mahu mendidik selain mahu melepaskan diri dari kesilapan itu. Sbb itu la kesilapan sentiasa berulang dan kita sentiasa dipersalahkan. Salah satu sikap kita, kita tidak mendidik...tp hanya tahu meletakkan kesilapan itu pada orang lain...

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa

Pejam celik dah 4 tahun aku dan suami tinggal di rumah impian. Dalam 2 tahun aku berdiam diri dari blog ni, aku sempat renovate rumah. Tu pun sbb aku dapat kerja. Alhamdulillah... Rezeki aku dan keluarga. Untuk lebih selesa, aku tambah 1 bilik tidur, 1 bilik air, dapur dan luaskan ruang tamu dan bilik kelamin. Tak berniat nak renovate mana2 dah lepas ni. Yg ni pun dah puas hati... Bab deco2 rumah, serah pada encik suami la sbb dia mmg suka shopping hiasan rumah dan menghias rumah... Hehe...

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa

Ramai orang masih tidak mengerti kenapa perlu berkahwin dan mempunyai keluarga yng besar. Ada yang kata sebab nak elak maksiat... Nak bina keluarga... Nak bahagia macam orang lain... Kawen sebab cinta... Semua tu bukan lah jawapan yg salah. Sbb soalan tu subjektif. Ada satu lagi yang perlu kita ingat... Perkahwinan adalah merupakan sebuah syurga kecil yang dibina oleh kita. Klu kita ikut apa yg diperintahkan Allah dan meninggalkan yg dimurkaiNya, syurga kecil itu akan menjadi kian besar dan akan terus dibawa ke syurga akhirat. In sha Allh.

Perkahwinan adalah pelengkap sebahagian daripada agama Islam. Tp kebanyakan wanita salah erti tentang perkahwinan dan menganggap suami perlu menjadi pelindung dari segala segi. Suami mmg la pelindung isteri tp tak bermakna suami perlu diperlakukan seperti hamba. Maksud aku di sini, yang menjadikan suami tu hamba adalah kaum lelaki sendiri. Sbb terlalu sayangkan isteri, dia manjakan sehingga si isteri hanya tahu mengarah. Tidak menutup aurat dan melakukan sesuatu yg bukan ajaran agama Islam. Bila ditanya kenap tidak diajar, si suami akan menjawab, dia x mahu memaksa. Biarlah datang dari kerelaan hati isterinya sendiri. Tp tanpa sedar, kasih sayang yg dia ckp td tu sebenarnya mengheret dia seinci demi seinci ke arah api neraka. Dan di tangannya menarik rambut si isteri mengikutnya bersama. Pernah tak terfikir semua tu?

Allah swt tidak hanya memberi amaran. Setiap pilihan hidup kita akan ada habuannya kelak. Kita perlu pilih samada nak yang baik atau yang buruk. Bila dah sampai waktunya nanti, kita mula minta diberi pilihan semula. Tp masa tu dah x berguna lagi. Suami adalah pembentu syurga isteri. Bimbinglah isteri ke jalan yang di redhai Allah swt. Itu juga akan menjadikan anak2 kita pun soleh dan solehah.

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa

Marissa Zulaikha sudah mencecah 2 tahun tahun ini. Sepanjang 2 tahun ni, sungguh bermakna hidup bersamanya. Suamiku pun rasa sangat gembira. Rumah kami tidak lagi berbunyi sunyi. Penuh dengan gelak tawa si kecil. Seorang pun dah cukup sebenarnya... Aku memang tak pernah menjangka semua ini. Sungguh bersyukur atas kurniaanNya yang Maha Besar.

Aku dan suami sedang merancang kehidupan yang baik utk kami sekeluarga. In sha Allah semuanya akan bertambah baik. Aku bersyukur dengan kehidupan yang ada...

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
I'm back again after 2 years missing in action. Hehehe... Sejak aku dapat kerja baru hujung tahun 2012, aku x lagi berpeluang update blogspot aku. bukan saja x boleh update, nak jenguk saja pun x boleh dah sbb ofis aku x boleh surfing suka2 hati terutamanya blogspot. Kena block terus. Etika namanya... So, kena la follow la. Tapi semalam aku terima bluetooth keyboard di mana aku boleh gunakan connected to y tablet, so hari ni aku dpt ber'blog' semula. Happy for now la... esok2 tak taw lagi macam mana. Hmmm...

Sepanjang 2 tahun menghilang ni, macam2 cerita yang aku tak dapat share di sini dan aku akan sharebila berkelapangan. Mungkin waktu lepas kerja atau bila anak comel aku masuk tido waktu malam, aku boleh luangkan masa untuk masukkan cerita2 best sepanjang 2 tahun ni.By the way, aku rsa setakat ni dulukot aku berceloteh. perut dah kenyang makan nasi kenduri tadi, mata dah ngantuk. Aku nak BOOOM dulu. Nnt2 kt smbung lagi dengan gambar2 best. Bye for now!!!