DRoP YouR BLoG URL HeRe

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.

waaa... mana isteri ku...

Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuu.. lega..

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

lelaki tu pun berfikir...

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o
ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

hahaha... takde yg nak marah ku...

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...


Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???

ingat balik..

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..
HARGAI MEREKA!!!!!

Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Kerja gomen mcm ni la... kursus sana... kursus sini... nasib baik la dalam negeri jer. Kalau kat luar negeri, konfem demam En. Mohd Nor. Hua Hua Hua

 Letih sungguh... mana2 pun boleh tido. nyenyak plak tu... hehehe
 Yaaa... hero nak tunjuk handal
 Lulus dah ni...
 Aku dah lepas bala... hampa la plak
 Fuyoooo
 Tak boleh naik x pa... duk belakang bontot pun kira ok dah
 Time ni muka fresh lagi. Mai satg mengantuk, hanya Tuhan saja yang taw
 1st day segak bergaya lagi... kunun2 skema pakai uniform
 Seronoknyaaaa


 Tu mesti tengah SMS dengan ayang. hahaha

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
UPSR dah bermula... semoga anak2 mak uda / maksu dapat jawab dengan lancar dan tenang. Buat yang terbaik untuk masa depan yang cerah. InsyaAllah segalanya akan baik... Amin...

Special to: Syazwi, Aisamuddin, Busyra, Sarah, Alif
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
AbAdi KeNangaN DaLam SeHelai KerTas BunGa (50% HandMade)

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Dua wanita maut akibat dirempuh van ketika mereka keluar untuk menyelamatkan diri daripada kereta mereka yang terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan di Km 202, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Kerian awal pagi ini.

Noorzaihan Ishak, 28, dan adik iparnya Nurhasyimah Halim, 20, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira pukul 12.08 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Satria yang dipandu oleh suami Noorzaihan cuba mengelak sebuah kereta yang memotong laju dari arah belakang lalu terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan.

Ketiga-tiga mereka kemudian keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri bagaimanapun kedua-dua wanita berkenaan telah dirempuh sebuah van menyebabkan mereka tercampak dan mengalami cedera parah, katanya ketika dihubungi hari ini.

Fauzi berkata, suami Noorzaihan berjaya menyelamatkan diri dengan berlari ke tepi lebuh raya.
Mayat kedua-dua wanita itu dihantar ke Hospital Bagan Serai untuk bedah siasat, katanya.


LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Ingatkan aku tak dapat nak hadiri reunion kawan2 sekolah menengah lagi. Tapi bagi aku tahun ni paling bermakna. Aku jumpa balik kawan2 sekolah menengah aku yang lalu. Walaupun dulu aku tak pernah berborak dengan mereka2 ni, tapi tak bermakna aku tak kenal. Sekarang bukan lagi zaman kanak-kanak atau zaman remaja. Sekarang sudah pun masuk peringkat dewasa dan sepatutnya lebih matang untuk atasi segala hal yang dah pun berlalu.

Bukan saja reunion, tapi juga majlis tahlil untuk rakan-rakan yang terdahulu pulang ke Rahmatullah. Semoga apa yang kami buat malam tu, dapat memberatkan timbangan ibadah kepada mereka. InsyaAllah... Apa pun, aku rasa teruja jugak sbb dapat beri sumbangan pada majlis walaupun tak seberapa. Malam tu, aku secara tak langsung jd caterer. Hohoho... Bawa pasembur & mee goreng mamak hasil air tangan kakak ipar dan suaminya. Alhamdulillah sangat sedap.

 Walau berduka, masih mampu tersenyum... tapi tidak bermakna tidak dapat menerima kehendakNya... Kita juga pasti kembali padaNya.
 Lekat jugak muka cik abang ni.... Asyik makan sampai tak perasan ada cam kat sebelah


LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Dah 2 tahun buat treatment untuk dapatkan seorang cahaya mata. Walaupun setiap kali treatment, mendatangkan kekecewaan, aku redha dengan kehendakNya. Mungkin aku kena lebih tekun berusaha untuk dapatkan sesuatu dalam hidup aku. Kali ni doktor minta aku kuruskan badan. Mungkin dengan kuruskan badan, dapat memberi aku peluang yang cerah. InsyaAllah... jadi bermula la sesi diet aku hari ni.

Aku ambil sarapan dengan 2-3 keping biskut & milo panas. Tengahari tak makan nasi tapi just makan mee rebus. Itu pun kuah kosong yang tak ada apa2 isi selain sebiji telur rebus. Petang tak tahu nak makan apa. Perut mula berkeroncong. Nak elak dari makan nasi, aku perlu makan sesuatu yang mengenyangkan. Mungkin aku patut cuba biasakan diri dengan Oatmeal. Tapi itu la makanan yang aku paling tak suka. Rupa dan baunya memang menyelerakan. Tapi bila dah masuk mulut, waaaaa... tak sedap langsung.

Dan esok aku akan mula bersenam setiap pagi selama setengah jam. Disebabkan aku tak boleh berlari dengan kaki yang agak kecik ni, aku rasa aerobic adalah cara terbaik. Sebab suami pergi kerja awal pagi, aku taklah segan nak berjoget kat rumah. Hahahaha! Mungkin aku patut cuba selama seminggu. Dan tengok prestasi samada berat aku mudah turun atau tak. Harap-harap tu turun la...

Buat masa sekarang ni, si suami ada beri galakan. Diharap galakan tu cukup buat aku bersemangat.
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Dah selalu datang makan kat sini. Dan pernah sekali berbuka puasa di sini. Kalau tak silap tahun lepas...
 Menu berbuka - 2010
 Terliur eden
Muka lapar... haha

Sebab menu kat sini sangat lengkap. Satu menu pun dah rasa cukup... Kalau datang shopping sini, x sah kalau tak singgah di restoran ni... (Centre Square, Sungai Petani)
 Hawaii Ice ni nampak terlalu cantik... Naik sentuh pun rasa macam tak sanggup...
 Satu set tu jer dah cukup kenyang... Macam-macam ada dalam pinggan tu
 Tak tahu nak mula kat mana
Kari ayam, sup tomyam, ikan goreng, kerabu mangga, telur dadar & semangkuk nasi goreng