DRoP YouR BLoG URL HeRe

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Once upon a time, dialah sepupu yang rapat dengan aku. Main sama2... Tapi lama2, kami tak berhubung lagi. Masing2 buat hal sendiri. Tiba2 aku dengar lagi khabar berita dari dia. Itu pun melalui kaca televisyen. Dia masuk reality show bersama Ramlah Ram. Sungguh tak sangka. Dia nampak begitu berubah. Lebih kacak dan matang. Dialah sepupu aku. Sekarang sudah pun berumahtangga. Gembira rasanya hati bila tengok sepupu yang sama2 membesar mengecap bahagia.

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Sudah 3 tahun hidup berdua... Tunggu kehadiran cahaya mata, masih belum tiba... Sebagai ganti buat peneman hari-hari yang sunyi, seekor anak kucing yang comel. Umurnya baru 2 bulan. Namanya GuGurL... Suka sangat2... Hari ni, pagi2 lagi dah ke kedai kucing. Nak belikan bola loceng buat dia main. Tapi ternampak 2 ekor kucing dalam cage. Sejibik mcm BaBY... Harganya RM1000... Waaaaa... Mahal sungguh nilai ko, GuGurL. Hehehe~ Boleh kayo mok cik jual kam000... Tapi aku x juaL la dia. Tengok harga semahal tu, rasa bertuah la dapat free. Tak yah susah2 aku kumpul duit untuk beli kucing macam GuGurL.




LuRVeBuG iDa_RaSyiDa

Di suatu tempat di Perancis lebih kurang lima puluh tahun yang lalu, ada seorang berbangsa Turki berumur 50 tahun bernama Ibrahim, dia adalah orang tua yang menjual makanan di sebuah kedai makanan. Kedai tersebut terletak di sebuah apartmen dimana salah satu penghuninya adalah keluarga Yahudi yang memiliki seorang anak bernama “Jad” berumur 7 tahun.
Jad, anak Yahudi ini hampir setiap hari ke kedai tempat di mana Ibrahim bekerja untuk membeli keperluan rumah. Tetapi setiap kali hendak keluar dari kedai –dan semasa tuan kedai, Ibrahim sedang leka, Jad selalu mencuri sekeping coklat.
Pada suatu hari , Jad terlupa untuk mencuri coklat semasa mahu keluar, kemudian tiba-tiba Ibrahim memanggilnya dan memberitahunya bahawa dia terlupa mengambil sekeping coklat seperti biasa. Jad ketakutan, kerana dia menjangka bahawa Ibrahim tidak mengetahui apa yang dia lakukan selama ini. Dia pun meminta maaf dan takut jika Ibrahim melaporkan perbuatannya tersebut kepada ibubapanya.
Ibrahim pun menjawab: “Tidak apa, yang penting kamu berjanji untuk tidak mengambil sesuatu tanpa izin, dan setiap kali kamu hendak keluar dari sini, ambillah sekeping coklat, itu adalah milikmu!” Jad pun menyetujuinya dengan penuh kegirangan.
Waktu berlalu, tahun pun berganti dan Ibrahim yang Muslim kini menjadi seperti seorang ayah dan rakan akrab bagi Jad si anak Yahudi.