DRoP YouR BLoG URL HeRe

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Siapa kata perlu bercinta dan berkasih sebelum akad nikah? Itu undang-undang yang kita sendiri buat. Disebabkan kita berpegang pada undang-undang macam tu la, hati kita selalu ragu-ragu dengan orang lain. Bila fikir pasal kawen, kita mesti cakap nak kenal hati budi si dia dulu. Takut kalau-kalau dia tu mata keranjang, pemarah, tak boleh hargai perempuan dan macam-macamlah. Tapi sedar tak kita, bahawa dunia percintaan ni ibarat dunia yang penuh dengan kepura-puraan. Macam kita pergi temuduga kerja. Siapa yang nak bercerita tentang kekurangan diri pada si penemuduga, kan? Semua yang baik-baik. Rajin, cepat buat kerja, cepat belajar, tahu itu, tahu ini... Ada tak kita cakap yang kita ni tak suka buat kerja banyak-banyak, tak suka balik lewat, tak suka buat over time? Sepanjang aku belajar, tak pernah lagi la perangai macam tu jadi senarai wajib sewaktu temuduga.

Hati manusia ni hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Kadang-kadang kita sendiri tak tahu apa yang hati kita mahukan. Kita kata kita tak kisah dapat pasangan yang tidak cantik. Tapi bila kita jumpa dan tengok, hati tiba-tiba jadi tak suka. Apa maksudnya tu? Hanya Allah lebih mengetahui. Jodoh juga adalah rahsiaNya. Kita tak boleh cakap, 'Aku pasti dia tu jodoh aku. Kami dah bercinta lebih dari 20 tahun. Konfem dah kenal dan nanti boleh hidup bersama kekal sampai ke akhir hayat.' Hmmm... siapa kita nak tentukan jodoh? Jodoh itu ditangan yang Maha Esa. Sepatutnya kita berusaha menjadi yang terbaik untuk memiliki pasangan yang terbaik. InsyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar.

Manusia ni ada satu sikap yang terlalu biasa kita lihat dan dengar. Ramai yang kata, 'Kadang-kadang suami baik, dapat pula isteri yang jahat. Curang dan buat durja di luar rumah. Kadang-kadang isteri punya la baik, dapat suami mata keranjang. Perempuan simpanan sana sini.' Tak dinafikan yang mulut orang tak boleh ditutup. Tapi kadang-kadang kita tak sedar yang pemikiran kita agak sempit. Bila kita cakap macam tu, samalah kita mempertikai jodoh yang telah Allah SWT tentukan untuk dia. Tidakkah kita berpegang pada al-Quran dan Hadis. Ada ayat yang menerangkan tentang perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Kalau isteri atau suami si dia tu berperangai macam setan, itu tetap jodoh terbaik untuk dia. Sebab tu la hati manusia dan jodoh itu adalah rahsia Allah SWT. Tak ada siapa boleh tentukan jodoh terbaik untuk orang lain.
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Masakan nenek memang sangat dikenang. Mak selalu buatkan. Terlalu mudah tapi tak boleh selalu amalkan kerana kemanisannya. Sekali makan, esok2 mesti ingat nak makan lagi. Namanya agak lucah. Hohoho... Den nak sebut pun rasa malu. Kalau org tanya, aku bisik2 jer. Tak leh cakap kuat-kuat. Hehehe

Jangan ketawa!!! Hehehe... 

Nak buatnya memang cukup mudah. Cari pisang yang boleh digoreng macam pisang awak / pisang nangka. Jangan plak guna pisang emas atau pisang berangan. Sebab nanti akan jadi lembik dan terlalu manis. Buang kulit dan belah dua setiap biji pisang tu. Pastu campak je dalam minyak panas. Tak payah taruk tepung atau garam, atau apa2 yang sebagainya. Goreng sampai warna jadi keemasan. Pastu, tos dan tabur gula di atasnya. Jangan tabur banyak2 taw... layang2 jer.. dan mesti ditabur ketika masih panas supaya gula tu cair dan melekat pada pisang yang digoreng tadi.

Tadaaaa!!! Begitu la rupanya pemanis mulut kita!
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
18-09-2011

Tetiba jer rasa boring tak sangga2. So, kitaorg kuar. Plan nak tgk wayang cter Fright Night. Kul 6ptg lak tu tiketnya. Huh! Tapi itu la... citer macam CL jer. huhuhu...

Tapi sempat gak snap few pics.

 Makan2 dulu sebab perut dah rasa lapar... tunggu waitress dtg amek menu
 Segelas air kongsi 2 org - sebab nak jimat. Hohoho... Nak makan lobster x mampu, so amek gambar je
 Konon nak diet - hahaha
   Next meal - all shares