DRoP YouR BLoG URL HeRe

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Dah lama mama & papa menantimu, Marissa Zulaikha. Berkat dan Rahmat dariNya, Dia makbulkan jua doa mama & papa. Sungguh tak diduga... Bagaikan mimpi melihatmu di depan mata. Marissa Zulaikha... menyempurnakan segalanya...

Alhamdulillah...

Mcm puteri kayangan je anak mama ni tdo...
Boleh tak mama nak Marissa pegang tangan mama mcm ni even Marissa dah besar?


Comelnyaaaa kaki Marissa...
Kenyangnya minum susu... 
Nak tdo mcm ni plak skrg... hmmm... Lekas2 merangkak ye
Marissa skrg dah pandai... tengahari jer dia musti x mo bedong. Pastu tdo pun x lelap la sbb x bedong. Hadoooi anak mama ni
Bau syurga masih melekat lagi pada Marissa. Rugi kalau x cium banyak2
 Toy baru... hadiah papa utk Marissa



LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Duk ngadap pc seharian hari ni... apa lagi... mereka2 la aku. sampai saket kepala. hahaha


Baru perasa bulan May tu ada error. tp x pa... asalkan tarikh tu berada di hari yg betul
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Bukan setiap tahun bergambar mcm ni... Tapi setiap kali bergambar, mesti akan ada sorg ahli baru. InsyaAllah, tahun depan akan bergambar lg mcm ni. Sebab tahun depan insyaAllah akan ada org baru. 
 Masa ni tengah tunggu 1 famili lg tiba. So, lepak2 makan laksa di rumah kak Supiah dulu

 Berdoa ke...

Ahli baru - Fazli
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Tahun ni baru ada kamera mahal... apa lagi! bisnes la... Hehehe (Bukan aku punya, anak buah yg punya camera)

 Keluarga Fadzail (Anak sulong)
 Keluarga Sobri (Anak ke- 5)
 Keluarga Shuhaimi (Anak ke-4)
Keluarga Munir (Anak ke-3)
Keluarga Fadzilah (Anak ke-2)
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Ni gambar2 yg sempat disnap je... ada lg 2 pasangan yg x de kat sini... Hadoooi... Tgg next raya jer lah

 Rasyidah & Mohd Noor
 Rodhi & Fadhilah
 Shuhaimi & Zaharah
Munir & Norli
Syima & Sobri
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
 My beloved mother... Wajahnya pengubat segala duka
 My youngest sister... Teman suka duka
 Senyuman itu sentiasa di hatiku
 My older sister... Dulu musuh ketat, skrg ibarat sahabat
 Sementara menunggu waktu berbuka
Si Batrisyia yang tengah sibuk mewarna angry bird dia... 

Gambar2 ni dilukis dgn sempurna. Mcm pro je kan? Zaman teknologi ni apa pun boleh buat. Aku suka sgt cartoon camera Pro ni. suka banget!
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Hari genap seminggu umat Islam berpuasa... Dan hari ni aku nak berbuka di rumah bonda Azizah. Hoyeee! Tak taw nak buat apa... so nak try buat puteri ayu la kot. Tak pernah buat. Aku jumpa resepi ni dalam internet. Alhamdulillah jadi dgn jayanya... Gebu plak tu. hehehe




Resepinya mudah...

2 biji telur di pukul sehingga kembang. Kemudian masukkan 1 cawan gula dan pukul lagi. Bila semakin kembang, masukkan plak 1 sudu kecil ovelett. Pukul sampai ovelett tu larut. Then masukkan 2 cawan tepung gandum, 1 cawan santan, 1 sudu kecil perasa pandan, setengah sudu kecil pewarna hijau dan 1 sudu besar baking powder. Pukul sebati...

Untuk kelapa, Campurkan sedikit tepung gandum dan garam secukup rasa. Masukkan sesudu kepala parut dalam acuan dan tekan dgn jari supaya ianya padat. Then tuang la adunan di atas. Kukus selama 7 - 10 minit. Jangan tunggu sejuk, bila keluarkan dari periuk kukus, terus keluarkan kuih tu. Baru la x melekat.

Selamat mencuba!!!
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
setiap hari, kita akan dengar pelbagai perubahan yg berlaku terhadap artis2 kita di luar sana. Semakin ramai artis Malaysia mendapat hidayah dari Allah swt. Alhamdulillah... Dan artis2 ini adalah antara artis2 yang mendapat gosip hebat terhadap cara pemakaian mereka sebelum ini. Tapi siapa sangka kan? Allah swt menyebarkan kasih sayangNya kepada mereka ini. Kesimpulan, Allah swt tidak pernah lupa kepada makhluk ciptaanNya. Jangan disangka, kita lupa pada Dia, Dia akan abaikan kt. Allah swt bukanlah manusia seperti kita. Dia adalah Pencipta yang tidak mampu dinilai oleh akal fikiran makhluk seperti kita. Kerana Dia Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

 Wardina & Irma

ADA LAGI FOTO2 ARTIS. KLIK KAT TITLE KLU NAK TENGOK LAGI!
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Seingat aku, aku pernah buat puding caramel ni sekali jer. Tu pun sebelum kawen dulu dengan pantauan ibu tersayang. So, smlm aku cuba la nak buat sendiri. Terlupa nak snap gambar rupa puding aku tu. Rasa memang sama, cuma gula hangus aku tu x jer yg kurang menonjol. Mungkin teknik aku yg salah. Huh! Apa2 pun tetap sedap bila dimakan dgn koktail buah. Jom nak share resepi...



A - Gula Hangus
Masak 1 cawan gula pasir sehingga cair dan keperangan
Masukkan 1 cawan air dan kacau di atas api yg kecil sehingga gula tersebut larut dan tapiskan
Tuang gula hangus ni di dalam loyang bersih

B - Puding
5 biji telur, 1 cawan gula, 2 sudu esen vanilla, 1 tin susu cair, 1/2 cawan air sejuk
Pukul telur, susu cair dan gula sehingga kembang
Masukkan esen vanilla dan air sejuk
Pukul lagi dan tuang ke dalam loyang yg diisi air gula tadi
Kukus selama 30-40 minit.

Kalau makan saja, aku rasa agak mual kot. Better makan dgn nata decoco atau koktail buah. Yum! Yum!


LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Mungkin ramai yg tidak tahu tentang pengorbanan umat Islam setiap hari untuk agama tercinta, kan? Mari kita sama2 hayati salah satu perngorbanan saudara kita yg bernama As Syahidah Dr Marwah Al Syarbin.






Dunia dikejutkan dengan pembunuhan kejam pada 1 Julai 2009 terhadap Dr.Marwah as-Syarbini kerana tudungnya. Tidak banyak liputan TV mengenai Marwah as-Syarbini, seorang ibu yang mempunyai seorang anak,sedang mengandungkan tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda jerman keturunan Rusia yang anti islam dan anti muslim. Tidak ramai pula dikalangan orang islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian raja pop. Itu pun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. berhari-hari bahkan berminggu-minggu masih belum reda isunya.

Ribuang penduduk mesir menghantar jenazah Marwah ke tempat pengkebumiaanya. Beliau tidak sepopular artis tersohor dunia,Micheal Jackson,tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya.

Marwah ditikam di ruang mahkamah kota Dresden,Jerman sebelum memberi keterangan keatas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda jerman Alex W yang kerap menyebutnya "terroris" hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwah dan berusaha melepaskan jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwah, kali ini ia menikam Marwah berkali-kali. Suami Marwah yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembah suami Marwah yang kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Dresden.

Dalam sejarah islam, seorang wanita islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman khalifah Mu'tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata "waa Mu'tasimah". Mu'tasim yang berada jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Umat islam kini, apa yang dibuatnya?media dunia umat islam sendiri hanya pentingkan berita pengebumian raja pop Micheal Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwah melainkan media islam khususnya di internet.

Untuk memperingati peristiwa ini, hari jilbab sedunia dicadangkan bagi mengenangkan Marwah as-syarbini.
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa

Aku terpegun membaca sebuah cerita mengenai pengantin yang meninggal ketika sujudnya dia kepada Allah swt di malam pengantinnya. Mungkin ia kisah benar dan jika ianya rekaan sekalipun, ia tetap memberi satu pengajaran untuk kita semua sebagai hambaNya.



“After performing Salat Al Maghrib, she put her make-up, wore her beautiful white dress preparing herself for her wedding party, Then she heard the Adhan of ‘Ishaa and she realized that she broke her Wudu she told her mother : “mother, I have to go to make wudu and pray ‘Ishaa”

Her mother was shocked : “Are you crazy?!! Guests are waiting for you, to see you! what about your make -up? It will be all washed away by water!!” then she added:
” I am your mother and I order you not to perform salah now! wallahi if you make wudu now, I will be angry at you”
Her daughter replied :”wallahi I won’t go out from here till I perform my salah! Mother you must know that “There is no obedience to any creature in disobedience to the Creator.”!!
Her mother said:”what would our guests say about you when you’ll show up in your wedding party without make-up?! You won’t be beautiful in their eyes! and They will make fun of you!”
The daughter asked with a smile :”Are you worried because I won’t be beautiful in the eyes of creations? What about my Creator?! I am worried because, if I miss my salah, I won’t be beautiful in His eyes”
She started to make wudu, and all her make-up was washed away, but she didn’t care
Then she began her salah and at the moment she bowed down to make sujud, she didn’t realize that it will be her last one!
Yes! She died while in sujud! What a great ending for a Muslimah who insisted on obeying her Lord! Many people who heard her story were so touched!!
She put Him and His obedience first in her priorities, so He granted her the best ending that any Muslim would have!
She wanted to be closer to Him, so He took her soul in the place where Muslim are the closest to Him! Subhana Allah!
She didn’t care if she would be beautiful in the eyes of creatures so she was beautiful in the eyes of Her Creator!
O Muslim sister, imagine if you are in her place! What will you do? What will you choose : pleasing creations or your Creator?
O dear sister! Do you guarantee that you will live for the next minutes? Hours? Months?!!
No one knows when their hour will come? Or when will they meet angels of death? So are you ready for that moment?
O non-hijabi sister! What do you choose : Pleasing yourself by not wearing Hijab or pleasing your Lord by wearing hijab?
Are you ready to meet Him without Hijab?
And what about you, sister who are “in relationship” or “open relationship”, are you ready to meet your Lord today? Tomorrow?! What do you choose pleasures of this Dunya or pleasures of akhirah?!
May Allah guide us all to what pleases Him and grant everyone who is reading these lines good ending, Ameen.
[told by Shaykh “Abdul Mohsen al Ahmad”, it happened in Abha (the capital of Asir province in Saudi Arabia)]
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Kalu ikotkan, agak jauh nak hadirkan diri ke majlis di Kuala Lumpur. Ditambah pula poket tengah kering kontang mcm ni. Tapi sbb mertua beria2 mahu ke sana, en s0mi turutkan juga. Sebab ayah nak sponsor. Hehe... Terima kasih, ayah! Dapat jugak jalan2 di KL. Kalau tunggu aku dan abg, konfem x g. Mana nak cari duit... huhuhu~ Bertolak dari Penang jam 6.30 pagi. Sampai sana jam 10.30. Sebab masih awal, lepak dulu kat Restoran Jejantas Sungai BuLoh. Tunggu sampai jam 11. Sampai di rumah kenduri, tepat jam 12 tengahri. Memang kena time lunch pun. 

Masa ni dah siap makan. Perut kenyang sangat. Macam2 ada! Hehehe... 
LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Pukul 11 pagi, smua berkumpul di rumah pengantin perempuan. Kumpulkan semua hantaran2 yang nak dibawa ke rumah pengantin lelaki hari ni. Tak berapa banyak sebab hantaran ni dibawa pada hari persandingan di rumah pengantin lelaki. Aku punya jer yg x de dulang. huhuhu~ Takpe... berat lagipun.

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Nasib baik la hari ni matrik ada kelas. klu tak, aku pening gak bila nak buat hantaran utk esok. Hmmm... Pagi ni sibuk di dapor...

Mula2 siapkan tapak dulu... Simple2 jer ni...

Lepas tu siapkan muffin. Strawberry Filling with Rose Flavor Muffin

Dah sejuk muffin2 tu, susun la dalam love box ni. Cukup2 sih! Tak de lebih

Lepas sejam, mulakan projek buat frosting dan frostkan atas muffin2 tu...

Tadaaa! Ini lah hasilnya... Ready for delivery! Masuk dlm peti sejuk dulu kasi frosting tu keras skit. Hmmm... Aku plak yang geram. Macam nak mamam je...

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Bukan senang nak berkumpul ramai2 kat luar. Tapi bila jadi, memang x boleh lepaskan peluang ni. Aku yg baru buka cc setengah jam pun, sanggup tutup cc semata2 nak join makan2 dgn famili. Selalunya famili en s0mi la yang macam tu. Tapi kalau famili aku yg buat, aku teruja mcm tu jugak. Bukan apa... Seronok la... Semalam itu la yg terjadi. Ada orang nak belanja makan kat Pan Mutiara di atas kerja keras dalam membantu menjayakan majlis perkahwinan anak sulungnya. Aku ni tak la bekrja keras sangat. Saja seronok nak tumpang2 jer. Hehehe... Aku masih baru dalam suasana kenduri kampung ni. Aku sedang belajar perlahan2 adat kenduri kawen di kampung. Letih jugak la... Mungkin sbb aku masa tu sibuk dgn jualan kuih. Tak menang tangan sbb x tahu mana nak buat dulu. Kenduri ke...Kuih? Dah la masa tu jugak aku demam selesema. Huhuhu~

Terima kasih la buat Mak Lang Na dan abang Li yang sudi belanja malam tu. Memang best lah! Riuh sungguh dalam restoran tu dgn suara2 kami semua. Pening pelayan2 tu dibuatnya.



Masa ni la bateri tablet aku nak mampos. Tak boleh snap banyak gambar. Huhuhuhu~ Sedih tol. En s0mi la ni yang main game sampai bateri k0ng. huh! Selesai makan, ada yang balik rumah terus dan ada juga yang buat plan lain. Ke R&R la plak. Amek udara tepi pantai. Sambil2 tengok ada jualan apa kat situ. Meriah walaupun cuma di perhentian Highway. Tempat tu yg strategik. Sanggup bayar t0l sbb nak lepak kat situ kejap.
En s0mi belanja cekak Minie Mouse untuk Insyirah. Comel, kan? kan? kan? Kat situ ada macam2 jualan. Aku sempat rembat kerongsang. Paw duit en s0mi saploh hinggit. Letih sebenarnya, tapi nak jugak jalan2. Bukan senang nak kuar jalan2 mcm ni dgn famili.

Dah habis satu R&R tu kami pusing, kami plan ke pusat hiburan yg sihat plak. Ke pusat Karaoke Keluarga. Sakan sungguh... Satu bilik sepatutnya boleh masuk maximum 6 orang je. Tapi kami ni semua macam sebijik bas. Mana taknya, smua 4 bijik keta. Masuk satu bilik. Dah rasa mcm masuk umah sauna je.


Ni la 1st time aku kuar berkarok dgn famili en s0mi. Mula2 tu terkejut jugak la sbb aktif sungguh biras2 aku ni menari. Aku jer yg x boleh mcm tu. Hohoho... just tumpang gelak je tengok kelatah kakak2 aku tu. Sungguh x sangka, lama jugak kami keluar. Kul 3 pagi baru balik umah. adoiyai! Dah la nak bangun kul 5 pagi untuk prepare kuih jualan pagi tu. Tdo pun x lena sbab takot terlajak. Nasib la x terlajak tdo. Risau gak.
Btw, tu la pengalaman baru aku dalam famili en s0mi...