DRoP YouR BLoG URL HeRe

LuRVeBuG iDa_RaSyiDa
Ada tak dalam dunia ni selain Siti Mariam, melahirkan anak tanpa seorang bapa? Walaupun secara tidak sah, tetap mempunyai seorang bapa, kan? Walau beribu kali seorang ibu berkahwin, anaknya itu tetap mempunyai seorang bapa.

Abah mungkin kuat berleter, selalu naik angin, suka komplen tentang sesuatu, banyak tanya dan kadang-kadang sikapnya tu membuatkan orang lain pandang dia dengan aneh. Tapi aku tak pernah rasa malu ada abah macam tu. Kadang-kadang sikapnya membuatkan aku ketawa sendiri. Lucu benar kalau diingatkan. Walau ada orang yang memandangnya aneh, aku tak kan jauhkan diri dari berdiri di sebelahnya. Bila dipandang lama2, sudah tua rupanya abah aku. Tapi masih cergas ke sana ke mari. Di hati ini, singgah rasa kasihan pada abah bila ada yang cakap malu nak berjalan dan duduk dengan abah. Siapa la yang sampai hati berkata begitu...

Mungkin dia lupa yang dia juga ada anak. Belum tahu di hari tua, anak2nya dapat menerima dia seperti sekarang. Belum tahu di hari esok, anak2nya mahu berdoa untuknya. Walaupun seorang bapa tidak berkedudukan tinggi seperti seorang ibu, dia tetap adalah insan yang mesti dihormati.
0 Responses