Pejam celik, pejam celik, setahun lagi kita diberikan kehidupan di dunia ini. Kini bermula pula tahun yang baru. Jadikan apa yang berlaku sepanjang tahun yang lalu itu satu kenangan yang mungkin dapat membantu kita menjadi lebih kuat untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Kita tidak berpijak di dunia ini buat selama-lamanya. INGAT! Kita cuma singgah sebentar di sini untuk mencari sesuatu buat bekal pulang ke sana.
Ada yang cepat sampai, dan ada juga yang lambat sampai. Yang pasti, kita semua sedang menuju ke arah yang sama. Tidak ada dua hala. Yang ada hanya jalan sehala... Kerana waktu tidak pernah berdetik mengundur, tapi semakin lama semakin ke hadapan. Perbanyakkan ibadah kepadaNya. Kuatkan iman dan taqwa kepada yang Maha Esa. Kerana pintu taubat itu mungkin ditutup buat selamanya esok. Hanya Dia yang tahu bila waktunya. Kita hanya dapat meramal.
Wallahu'alam
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH BERSAMA AZAM MENUJU KEPADA ILAHI!