Masakan nenek memang sangat dikenang. Mak selalu buatkan. Terlalu mudah tapi tak boleh selalu amalkan kerana kemanisannya. Sekali makan, esok2 mesti ingat nak makan lagi. Namanya agak lucah. Hohoho... Den nak sebut pun rasa malu. Kalau org tanya, aku bisik2 jer. Tak leh cakap kuat-kuat. Hehehe
Jangan ketawa!!! Hehehe...
Nak buatnya memang cukup mudah. Cari pisang yang boleh digoreng macam pisang awak / pisang nangka. Jangan plak guna pisang emas atau pisang berangan. Sebab nanti akan jadi lembik dan terlalu manis. Buang kulit dan belah dua setiap biji pisang tu. Pastu campak je dalam minyak panas. Tak payah taruk tepung atau garam, atau apa2 yang sebagainya. Goreng sampai warna jadi keemasan. Pastu, tos dan tabur gula di atasnya. Jangan tabur banyak2 taw... layang2 jer.. dan mesti ditabur ketika masih panas supaya gula tu cair dan melekat pada pisang yang digoreng tadi.
Tadaaaa!!! Begitu la rupanya pemanis mulut kita!


